10 Petanda Tubuh Kekurangan Air

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahukah anda bahawa tubuh kita terdiri daripada 70% air? Fungsi air dalam badan ialah untuk mengawal suhu badan, melindungi organ dalam badan dan juga membawa oksigen dalam darah ke seluruh sel dalam badan. Oleh itu, kekurangan air walau sedikit, boleh menyebabkan gangguan fungsi tubuh. Hendaklah kita peka terhadap perubahan tubuh yang memberi petanda kekurangan air dalam badan.

 

10 Petanda Tubuh Kekurangan Air

  1. Mulut kering, bibir pecah
  2. Ulser mulut, ulser & sakit kerongkong
  3. Kulit menjadi kering & kurang kenyal
  4. Badan terasa panas (panas dalam)
  5. Jantung berdebar-debar
  6. Kekejangan otot
  7. Sakit kepala
  8. Keletihan, lesu  & mudah penat
  9. Warna air kencing pekat

 

Jika anda ada mengalami simptom yang di atas, sewajarnya anda mengambil tindakan segera dengan menambah pengambilan air dalam tubuh. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya, kuantiti air yang perlu diminum perlu lebih banyak daripada itu.

 

Anda boleh pelbagaikan pengambilan air kosong atau sejuk seperti mencampurkan air sejuk dengan lemon. Bukan sahaja ia merupakan cara mudah untuk detoks perut anda yang bertoksin, malah ia merupakan salah satu cara yang efektif menurunkan berat badan kerana cecair lemon mengandungi khasiat yang melancarkan air kencing hingga lebihan air dalam badan akan dikeluarkan dengan lebih berkesan.

Semoga bermanfaat!

 

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply