4 Kepentingan Utama Asid Lemak Omega-3


darah tinggi, Ibu Hamil, kanak-kanak, kolestrol tinggi, minyak ikan, omega guard, Shaklee / Monday, January 29th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Harapnya kalian semua baik-baik selalu, di bawah rahmat dan perlindungan Allah yang Maha Esa sentiasa. Hari ini Kak Mas nak kongsikan manfaat-manfaat utama mengapa asid lemak omega-3 sangat penting untuk tubuh kita.

 

Apa itu Asid Lemak Omega-3

Apabila bercakap tentang lemak, lemak yang tidak sepatutnya kita hindari malah sangat diperlukan oleh tubuh badan kita ialah asid lemak Omega-3. Dua komponen penting  dalam asid lemak Omega-3 tentunya EPA dan DHA – ada terutamanya dalam ikan tertentu. ALA (asid alpha-linolenic), satu lagi asid lemak omega-3, terdapat dalam sumber tumbuhan seperti kacang dan biji-bijian. Bukan sahaja badan memerlukan asid lemak Omega-3 malah memberikan beberapa manfaat kesihatan yang besar.

 

1. Kesihatan Jantung

Omega-3 telah diketahui untuk mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan dinding saluran darah dan membawa kepada penyakit jantung.

EPA & DHA telah ditunjukkan dalam penyelidikan untuk menyediakan faedah berikut:

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung secara menyeluruh
  • Mengatur trigliserida (kolesterol) supaya mendapat keseimbangan, tinggi HDL dan rendah LDL
  • Membantu aliran darah pada tahap tekanan normal
  • Meningkatkan dan melancarkan peredaran darah
  • Membantu mendapatkan irama jantung yang sihat

 

Salur darah yang tersumbat akibat penumpukan kolesterol, menyempitkan salur darah, menghalang kelancaran perjalanan darah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Jika terdapat sumbatan di salur darah jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika sumbatan berlaku di otak, boleh menyebabkan strok, lebih dahsyat sama ada serangan jantung atau strok, kedua-duanya boleh membawa maut,

 

2. Kesihatan Otak

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan banyak sistem saraf adalah terdiri daripada lemak. Cerebellum Cortex iaitu otak belakang yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian adalah dianggarkan mengandungi sekitar 20% DHA.

Image result for Korteks serebrum

EPA dan DHA telah dikaji dan terlibat dalam proses otak seperti berikut:

  • Terlibat dalam penghantaran maklumat antara saraf
  • Memberi kesan positif pada mood, kognisi, ingatan, pembelajaran dan perhatian
  • Melambatkan permulaan gangguan otak yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer dan nyanyuk

Oleh sebab itu, kanak-kanak dan warga emas sangat penting menambah suplemen Omega-3 dalam diet, yang mana EPA&DHA membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran, untuk fokus dan memberi perhatian semasa pembelajaran. Manakala warga emas untuk membantu daya ingatan yang lebih lama dan menghindarkan penyakit nyanyuk dan Alzheimer.

 

3. Kesihatan Sendi

Image result for joint health

EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan menghalang pengeluaran enzim yang merosakkan tulang rawan, menyebabkan kesakitan sendi.
Omega-3 penting dalam kesihatan sendi yang memainkan peranan :

  • Mengekalkan ketumpatan tulang dan kandungan mineral dalam tulang.
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekakuan sendi, bengkak akibat radang dan kesakitan.
  • Mengurangkan keradangan – membantu melegakan keradangan sendi, perkara yang biasa dalam masalah arthiritis.
  • Bertindak sebagai pelincir yang membolehkan sendi bergerak dengan bebas.

 

4. Kehamilan yang Sihat

Asid lemak Omega-3 adalah penting semasa kehamilan dan semasa proses penyusuan susu ibu.  Asid lemak Omega-3 menyokong:

  • Menyokong fungsi imun janin
  • Mengelakkan Post-partum, menghasilkan mood ibu yang sihat
  • EPA dan DHA membantu perkembangan otak janin, mata dan sistem saraf
  • DHA adalah penting komponen retina – membantu perkembangan retina janin
  • DHA adalah kritikal kepada pembangunan yang optimum otak sebelum kelahiran dan
    semasa proses awal kanak-kanak
  • Boleh mengurangkan risiko alahan bayi
  • Menyokong kelahiran full-term (40-42 minggu) dan berat kelahiran yang sihat

 

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit dan rambut yang sihat, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai banyak manfaat kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, amat penting menambah suplemen Omega-3 dalam diet. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Secara kesimpulan, asid lemak Omega-3 sangat penting untuk tubuh kita, dan membantu kefungsian tubuh yang lebih optimum.

 

6 Sebab Mengapa Perlu Memilih Omega Guard

Dapatkan Omega Guard anda bagi menyokong kesihatan tubuh yang sihat berpanjangan, insyaa Allah.

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *