4 Punca Bayi Kembung Perut & Menangis

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+1Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Semoga kalian baik-baik sahaja minggu ini dan seterusnya. Hujung minggu ini dah ada plan ke mana-mana? Almaklum dah masuk bulan baru, sekejap sahaja sudah Mac 2017. Tak terasa masa bergerak dengan pantas.

Rasanya hujung minggu ini, Kak Mas duduk di rumah sahaja memandangkan suami Kak Mas ada hal nanti.

Bertemankan anak-anak Kak Mas, sekejap elok, sekejap bergaduh. Suara Kak Mas pun sekali sekala melantang bagai siren, biasalah kan, kehidupan mak-mak 😎

4 Punca Bayi Kembung Perut

Hari ini Kak Mas nak kongsikan daripada pengalaman Kak Mas antara punca mengapa bayi kembung perut terutama buat ibu-ibu yang dalam pantang. Kadang-kadang bukan kembung, tetapi bayi pedih perut apabila si ibu yang menyusui bayi termakan makanan yang tidak serasi dengan bayi.

Almaklum, perut bayi yang baru lahir, belum matang, sangat sensitif. Lain bayi, lain karenahnya. Jom kita lihat satu persatu ye.

1. Jauhi Makanan Sejuk & Berangin

Rasanya punca nombor satu ini, hampir semua orang tahu. Cuma bezanya, setiap orang, reaksi badan berbeza, begitu juga dengan bayi. Jalan selamat, semasa pantang, patuhlah semua yang mak-mak anda pesan jangan makan, kalau tidak, kalau bukan anda, mahu bayi anda yang kembung perut.

Kalau setakat bayi tak boleh tidur, tergeliat-geliat, ok lagi. Kalau dah melalak tak berhenti, jangan sampai para ibu nanti buntu, nanti ada yang stress pula.

Makanya, berpantang makanan sejuk dan mengakibatkan angin satu badan, ialah jalan yang terbaik.

Kak Mas senaraikan sebahagian buah-buahan dan sayur yang sejuk & berangin.

Buah-buahan

  • Buah tembikai (tembikai merah, kuning, susu dsb)
  • Pisang
  • Anggur (bagi sesetengah orang)
  • Mangga
  • Buah/air kelapa
  • Nangka/cempedak
  • Ciku
  • Langsat
  • Durian
  • Sengkuang
  • Jambu Batu/Air
  • Jagung
  • Manggis

Sayur-sayuran

  • Kangkung
  • Kobis (bagi sesetengah orang)
  • Brokoli
  • Kacang panjang/botol/bendi
  • Timun
  • Cili (pedas, pedih perut)
  • Ubi kayu/keledek
  • Labu
  • Bayam (bagi sesetengah orang)
  • Pucuk ubi/paku pakis

Bijirin & Lain-lain

  • Kacang tanah
  • Nescafe/Teh/Kopi
  • Minuman Berais
  • Horlick/Barli
  • Telur (gatal/luka lambat sembuh)
  • Makanan laut (gatal pada luka)

Namun begitu, senarai ini mungkin lebih panjang atau lebih pendek. Bagi sesetengah orang, badan jadi berangin, kembung, mual, rasa penuh. Tapi bagi sesetengah orang, okey sahaja, tiada masalah. 

Nasihat Kak Mas, untuk 2-3 minggu pertama, ikutlah, pantanglah makanan-makanan tersebut. Selepas itu, boleh try & error, makan dengan kuantiti sedikit untuk pastikan bayi anda okey atau tidak dengan makanan tersebut.

2. Jauhi Makanan Pedas

Makanan pedas, semua pun tahu. Akan menyebabkan bayi pedih perut, cirit-birit. Bayi boleh menangis sepanjang hari dan malam, sampailah bayi dah buang semua makanan tersebut melalui pembuangan air besar dan kentut.

Memang Kak Mas pun suka makan makanan pedas, lagi-lagi tomyam dan char kue teow, sambal bilis, nasi lemak, tetapi jika sayangkan anak, tahanlah selera ibu-ibu seketika ya!

3. Jauhi Produk Tenusu (Lactose Intolerant)

Yang ini Kak Mas pelajari semasa anak kedua, yang mana anak Kak Mas sangat sensitif dengan sebarang produk tenusu. Cuma ia tidak menyebabkan kembung perut, tetapi mukus (kahak) yang semakin banyak.

Dengan adanya mukus, bayi menjadi selsema, seterusnya hidung tersumbat, tak boleh tidur malam, merengek, menangis, batuk (lebih teruk jangkitan kuman hingga batuk berpanjangan) hingga hampir lelah dan neb.

Anak Kak Mas terpaksa tukar kepada susu soya hingga dia berusia 4 tahun. Kak Mas juga menyusui anak Kak Mas ini, maka sepanjang tempoh penyusuan hampir 2 tahun, semua produk tenusu termasuk susu kotak, milo kotak, yogurt, keju, semua Kak Mas pantang sebab tidak mahu anak Kak Mas selsema & batuk, akibat mukus yang dihasilkan oleh tubuh anak Kak Mas sebagai reaksi alahan.

Cukuplah sekali anak Kak Mas dimasukkan ke wad untuk beberapa hari akibat mukus terlalu banyak, neb, hampir lelah, muka pucat, badan lembik, sebab masa itu Kak Mas tidak tahu apa punca. Kebetulan bertemu doktor yang cadangkan tukar susu. 

Ada sesetengah bayi, alah susu lembu. Maka Kak Mas tukar ke susu kambing. Mukus masih tetap banyak, tukar ke susu soya, lebih baik. Sebarang biskut, roti, kek, even minuman kultur juga amatlah pantang buat anak Kak Mas. Malah nestum untuk bayi juga, mana-mana yang ada tambahan susu juga, adalah big No-No buat anak Kak Mas. Bubur lecek juga terbaik buat anak Kak Mas 😎

4. Jauhi Produk Gluten (Gluten Intolerant)

Mungkin ramai atau segelintir juga tidak tahu tentang gluten. Gluten secara semulajadi wujud dalam beberapa bijirin, seperti gandum (wheat), barli, oat dan rye dan beberapa bijirin lain.

Seperti anak Kak Mas sangat alah dengan gluten terutama dalam Horlick yang mana bahan utama Horlick ialah barli. Pernah sekali Kak Mas minum air Horlick (almaklum orang kata boleh banyakkan susu) memang meraunglah petang itu, sepanjang petang. Lepas itu, memang insaflah nak minum Horlick. 

Sesetengah bayi akan kembung, sesetengah mungkin akan membanyakkan mukus hingga hidung tersumbat, selsema dan sebagainya.

Begitulah serba sedikit perkongsian daripada Kak Mas. Semoga bermanfaat buat para ibu diluar sana.

Untuk Set Berpantang, Set Postnatal Shaklee masih yang terbaik buat Kak Mas. Selain badan lekas pulih dan bertenaga, kesihatan juga pada tahap bagus, malah susu pun banyak, alhamdullillah. Syukur ditemukan dengan suplemen Shaklee.

Belian secara online, klik pautan berikut: BUY NOW!

Jangan segan silu contact Kak Mas untuk sebarang pertanyaan seperti berikut ye 😎

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+1Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply