5 Cara Mengurus Bayi Jaundis @ Kuning

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Malam!

Apa khabar awak semua, semoga diberkati & dilindungi Allah sentiasa, termasuk Kak Mas dan ahli keluarga Kak Mas juga.

Hari ini Kak Mas ingin berkongsi tip dan cara mengurus bayi yang jaundis. Ini berdasarkan pengalaman peribadi Kak Mas yang mana semua anak-anak Kak Mas jaundis dan warded. Paling lama 3 malam, yang lain 2 malam dan 1 malam.

Semoga perkongsian Kak Mas memberi manfaat buat semua. Sebelum itu jom Kak Mas terangkan sedikit apakah itu Jaundis.


Apa itu Jaundis?

Jaundis atau bahasa orang awam, kuning, menurut istilah perubatan yang menggambarkan kekuningan kulit dan mata.

Jaundis sendiri bukanlah penyakit tetapi ia adalah gejala beberapa penyakit lain. Jaundis terjadi apabila terdapat terlalu banyak bilirubin dalam sistem tubuh seseorang. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dibentuk oleh pemecahan sel-sel darah merah lama@mati di dalam hati.

Biasanya, hati menghilangkan bilirubin bersama-sama dengan sel-sel darah merah. Jaundis mungkin menandakan masalah yang serius pada fungsi organ seperti hati, pundi hempedu, atau pankreas.


Jaundis Pada Bayi yang Baru Lahir

Jaundis juga sering berlaku pada bayi yang dilahirkan. Jaundis pada bayi terjadi apabila sel-sel darah merah ibu masih ada dalam sistem tubuh bayi, melakukan perjalanan ke hati, di mana biasanya mereka dipecahkan.

Bilirubin adalah pigmen kuning dibentuk oleh pemecahan sel-sel lama darah merah. Jaundis berlaku apabila hati anda tidak memetabolismekan bilirubin sebagaimana ysng sepatutnya. Hati bayi belum cukup matang untuk melakukan tugas ini dengan efisyen.

Mungkin terdapat terlalu banyak bilirubin cuba untuk memasuki hati sekali gus, atau terlalu banyak sel darah merah mati pada satu masa.

Jaundis juga kejadian yang kerap berlaku pada bayi baru lahir, terutama pada bayi yang dilahirkan pramatang.

Jika jaundis didapati tinggi (melebihi 220) pada bayi baru lahir, biasanya bayi akan didiagnosis dengan ujian darah. Satu sampel darah kecil diambil dan pakar kanak-kanak akan mengesyorkan rawatan jika keputusan menunjukkan penyakit kuning yang sederhana atau teruk.

Penyakit kuning @ jaundis yang sederhana (kurang daripada 340) biasanya dirawat dengan fototerapi di hospital untuk membantu membuang bilirubin yang berlebihan.

Rawatan Fototerapi

Gelombang cahaya atau fototerapi digunakan dalam terapi cahaya yang akan diserap oleh kulit dan darah bayi anda. Cahaya ini akan membantu tubuh bayi menukar bilirubin kepada bahan buangan yang akan dihapuskan.

Pembuangan air besar yang kerap dengan najis kehijauan adalah kesan sampingan yang biasa terapi ini. Ini hanyalah bilirubin keluar badan. Fototerapi mungkin melibatkan penggunaan lampu led yang menyala, yang menyerupai cahaya matahari semula jadi dan dihalakan kepada kulit bayi.

Bagi kes yang teruk (bacaan melebihi 340) jaundis dirawat dengan pemindahan darah untuk membuang bilirubin.

Menurut Yayasan Hati Amerika, kebanyakan kes penyakit kuning yang sederhana pada bayi beransur hilang dalam tempoh satu hingga dua minggu.

5 Cara Mengurus Anak Jaundis


1) Kenali Tahap Jaundis Bayi

Untuk ibu bapa yang pertama kali menguruskan bayi yang jaundis, perlu anda tahu mengenalpasti bila masa yang sepatutnya anda patut bawa bayi anda berjumpa doktor.

Tanda pertama yang ketara ialah mata kekuningan. Biasanya kekuningan mula muncul pada hari ketiga, dan jika ia semakin teruk, pada 2-3 hari seterusnya, tanda kekuningan boleh dapat dilihat di dada atas, diikuti dada bawah, perut dan seterusnya bahagian kaki.

Jaundis akan bermula dengan kekuningan di mata, muka, kemudian turun ke dada, perut (juga tangan) dan akhir sekali kaki.

Jika anda nampak kekuningan hanya di muka atau/dan dada bahagian atas sahaja, besar kemungkinan, jaundis bayi anda ringan atau sederhana sahaja. Jika telah sampai ke perut, bersegeralah bawa bayi anda ke hospital untuk semakan selanjutnya oleh doktor.

2) Kenalpasti Kekuningan

Bagaimana ingin kenal pasti kekuningan? Tekankan sedikit jari anda pada muka (atau dada dan perut), dan lepaskan. Warna kekuningan yang pekat atau light oren akan kelihatan jika bayi anda kekuningan. Jika hanya kuning pucat, seperti warna kulit kuning langsat, itu adalah biasa.

3) Berjumpa Doktor

Jika bayi anda telah memasuki hari yang ke 3 hingga ke 5, dan didapati tanda kekuningan telah sampai ke dada bawah atau perut, bersegeralah berjumpa doktor. 

Pada awal-awal usia, kekuningan boleh membahayakan bayi kerana bilirubin yang bergerak daripada salur darah utama, boleh meresap masuk ke tisu otak, kerana pemisah antara salur darah utama dan tisu otak (pada waktu itu) belum matang. Namun begitu, dengan bertambahnya usia bayi, lapisan pemisah tersebut semakin matang, jadi jaundis tidak lagi berbahaya pada bayi.

Untuk kes yang teruk, jika bilirubin telah masuk ke tisu otak, Kernicterus boleh terjadi yang boleh membawa kecacatan kekal seperti cerebral palsy.

4) Kerapkan Menyusu Bayi

Bayi jaundis sememangnya kuat tidur. Maka, sebagai ibu bapa, perlu bertindak pro aktif untuk membangunkan bayi dan menyusukan bayi. Jika bayi tidak mahu menyusu, boleh sudukan susu ibu yang diperah. 

Jika tidak, dikhuatiri bayi akan kehilangan air, boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain seperti sawan dan sebagainya.

Jika didapati bayi demam, segeralah bawa ke hospital bahagian kecemasan kerana bayi yang baru lahir dan demam, agak merbahayakan. 

Dan, air kosong bukan amalan yang baik untuk bayi yang jaundis, malah boleh menambah teruk masalah mulut bayi (candida). Susu ibu yang terbaik buat mereka.

5) Ibu, Jauhkan Jamu

Jamu ialah big NO-NO untuk ibu kepada bayi jaundis. Fungsi hati bayi jaundis belum cukup matang untuk memproses bahan makanan yang sebegitu. Ini akan menambah teruk keadaan jaundis bayi. Makanlah suplemen yang baik, berasaskan semulajadi bagi membantu pemulihan dan kesihatan ibu, dan pada masa yang sama tidak membahayakan bayi anda.


SET BERPANTANG & BERSALIN SHAKLEE

Dan disebabkan oleh kesemua anak-anak Kak Mas jaundis, warded, maka suplemen Shaklee yang terbaik buat Kak Mas. Dalam set yang sedia ada, adanya Alfalfa & juga Garlic. Ketepikan 2 suplemen tersebut (kerana keduanya dikira sebagai herba) yang lain sangatlah disyorkan buat ibu-ibu yang bayinya jaundis.

Belian secara online SET BERPANTANG & BERSALIN SHAKLEE, klik pautan berikut: BUY NOW!

Untuk pertanyaan dan tempahan lain juga, boleh hubungi Kak Mas seperti berikut:

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

Leave a Reply