5 Punca Bayi Kembung Perut

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Semoga kalian baik-baik sahaja dihujung minggu ini. Apa plan hujung minggu? Bawa keluarga berlibur atau menziarah kedua ibu bapa tersayang?

Kak Mas duduk di rumah sahaja memandangkan suami Kak Mas ada hal pula pepagi ini. Bertemankan anak-anak Kak Mas, sekejap elok, sekejap bergaduh. Suara Kak Mas pun sekali sekala melantang bagai siren, biasalah kan, kehidupan mak-mak 😎

5 Punca Bayi Kembung Perut

Hari ini Kak Mas nak kongsikan daripada pengalaman Kak Mas antara punca mengapa bayi kembung perut terutama buat ibu-ibu yang dalam pantang. Kadang-kadang bukan kembung, tetapi bayi pedih perut apabila si ibu yang menyusui bayi termakan makanan yang tidak serasi dengan bayi.

Almaklum, perut bayi yang baru lahir, belum matang, sangat sensitif. Lain bayi, lain kareanahnya. Kita lihat satu persatu ye.

1. Jauhi Makanan Sejuk & Berangin

Rasanya punca nombor satu ini, hampir semua orang tahu. Cuma bezanya, setiap orang, reaksi badan berbeza, begitu juga dengan bayi. Jalan selamat, semasa pantang, patuhlah semua yang mak-mak anda pesan jangan makan, kalau tidak, kalau bukan anda, mahu bayi anda yang kembung perut.

Kalau setakat tak boleh tidur, tergeliat-geliat, ok lagi. Kalau dan melalak tak berhenti sampai para ibu buntu, berpantang makanan sejuk yang terbaik.

Contoh makanan sejuk seperti tembikai, sayur kangkung, pisang, labu, dan banyak lagi.

2. Jauhi Produk Gluten (Gluten Intolerant)

Sesetengah bayi tidak tahan dengan Gluten yang terdapat dalam bahan makanan yang menjadi punca sakit perut. Antara makanan yang ada Gluten ialah gandum, barli, oat dan rhy.

3. Jauhi minuman ais dan bergas

Ais dan minuman bergas ialah big No-No buat ibu yang menyusukan anak lagi-lagi untuk bayi bawah 6 bulan. Boleh kembung perut ye.

4. Jauhi makanan pedas dan makanan laut

Makanan pedas boleh buat perut bayi meragam dan sakit. Manakala makanan laut seperti udang, boleh buat kembung. Malah sesetangah makanan kerang-kerangan seperti lala, kerang, kepah boleh buat perut jadi sensitif dan sakit, lebih teruk cirit-birit

5. Ibu Skip Makan

Bila ibu skip makan, perut ibu masuk angin dan boleh buat kembung. Mungkin si ibu tak rasa apa, tapi pada bayi boleh buat kembung perut.

Berminat dapatkan rangkaian produk Shaklee?

Belian secara online, klik pautan berikut: BUY NOW!

Jangan segan silu contact Kak Mas untuk sebarang pertanyaan seperti berikut ye 😎

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply