5 Cara Mengecutkan Rahim dengan Cepat

Sharing is CaringShare on Facebook9Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Hari ini anda buat apa? Sarapan dengan ahli keluarga, keluar beriadah atau mengisi masa santai dengan aktiviti sihat?

Walau apa pun aktiviti anda dengan keluarga atau kawan-kawan, bersilaturrahim dan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka memang sangat digalakkan memandangkan setelah 5 hari, sibuk dengan urusan sendiri, sama ada kerjaya, pembelajaran dan lain-lain.

Berbalik kepada tajuk di atas, hari ini Kak Mas nak kongsikan beberapa tip dan cara mengecutkan rahim dengan cepat. Sebelum itu kita lihat dulu bagaimana hendak tahu rahim telah kecut atau tidak.

Cara Mengetahui Rahim telah Kecut atau Tidak

Berikut Kak Mas kongsikan serba sedikit ilmu ya. Semoga bermanfaat.

1. Pemeriksaan Sendiri bawah Pusat

Para ibu yang telah bersakin boleh melakukan pemeriksaan peranakan sendiri selain berjumpa dengan professional bagi mengetahui samada peranakan telah kecut atau sebaliknya.

Cara: ibu hanya perlu menekan bahagian bawah pusat. Sekiranya terasa seperti ada biji bola ping pong di bawah pusat, itu tandanya peranakan belum kecut.

2. Darah Nifas

Darah nifas yang banyak juga salah satu daripada tanda peranakan masih belum kecut. Sekiranya darah nifas telah habis tetapi masih terdapat ketulan pada bahagian pusat kemungkinan terdapat kesilapan ketika dalam pantang.

3. Pemeriksaan oleh Jururawat @ Tukang Urut

Biasanya jururawat yang datang melawat bayi akan mengambil ukuran jarak antara pusat dan rahim, bagi memastikan rahim telah terletak kembali pada kedudukan asal. Jika rahim masih bengkak, adalah mustahil untuk ia kembali semula ke tempat asal.

Kadangkala, doktor atau tukang urut juga akan membantu menaikkan semula peranakan atau rahim, ke tempat asal, hanya jika rahim telah surut daripada bengkak.

5 Tip dan Cara Mengecutkan Rahim dengan Cepat

Berikut ialah 5 tip dan cara yang Kak Mas amalkan untuk bantu Kak Mas mengecilkan rahim setelah selamat bersalin anak-anak terdahulu.

1) Menyusukan Bayi dengan Kerap

Tahukan anda, menyusukan bayi dengan kerap membantu mengecutkan rahim dengan cepat.

Apabila anda menyusu, kelenjar pituitari merembeskan hormon oxytocin. Hormon oxytocin bertindak mengecutkan otot sepertimana ia membantu pundi susu dalam payudara anda mengecut. Pengecutan otot dalam payudara menyebabkan susu ditolak ke hadapan dan sedia untuk dihisap oleh bayi.

Perkara yang sama berlaku pada sel otot di dalam rahim. Hormon oxytocin yang terhasil membantu mengecutkan rahim kepada bentuk asalnya semula.

Bukan itu sahaja, hormon ini juga mendorong perasaan kasih sayang si ibu dengan anak.

2) Bertungku

Amalan nenek moyang kita, bertungku, sangat membantu mengecutkan rahim dengan cepat.a

Amalan bertungku membantu melancarkan aliran darah di kawasan perut dan rahim, melancarkan pengeluaran darah nifas daripada rahim, membuang angin, lantas membantu mempercepatkan penegecutan rahim.

3) Berbengkung

Berbengkung lebih kepada membantu membentuk tulang pinggul yang terbuka semasa proses mengandung dan bersalin, tetapi ia juga membantu membuang angin daripada perut. Pada masa yang sama, membantu menghalang angin masuk keperut dan badan.

4) Makan Kurma

Ada sesetengah petua lama, amalan makan kurma pun bantu mengecutkan rahim. Pengalaman Kak Mas, semasa melahirkan anak yang lepas, amalan memakan kurma memang sangat membantu mempercepatkan kontraksi. Sedangkan Mariam a.s. semasa melahirkan bayi beliau, Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma, dan beliau berteduh di bawah pohon kurma tersebut, memakan buah kurma daripada nak bersalin hingga beliau kuat untuk pulang ke kampung laman beliau.

5) Minum Air yang Sedikit tetapi Kerap

Yang ini lebih kepada mengempiskan perut, walau ada sesetengah orang kata kecutkan rahim. Ada yang kata minum banyak nanti rahim kembang. Tiada kaitan air dengan rahim. Air tidak memasuki rahim ye. Yang pasti bagi mereka yang menyusui bayi, sangat perlu untuk minum air yang cukup. Sekali minum, separuh mug sahaja tetapi kerap.

Cara Buang Angin Dalam Badan

Begitulah serba sedikit petua daripada Kak Mas. Untuk keperluan makanan tambahan semasa berpantang, semestinya jenama Shaklee pilihan hati.

Untuk memanaskan badan, Kak Mas tambahkan Garlic Complex.

Untuk masalah angin, boleh gabungkan Garlic Complex & Peppermint Ginger Plus.

Ibu-ibu boleh juga amalkan air halia, halba, Habbatussauda jika mahu. Tapi Kak Mas nak cepat dan mudah, Kak Mas telan sahaja Garlic Complex & Peppermint Ginger Plus oleh Shaklee.

Duktus Susu Tersumbat

Manakala untuk masalah duktus susu tersumbat, Kak Mas tambahkan Lecithin. Kalau tidak, boleh demam sebab buah dada terus membengkak tetapi susu tidak dapat dipam keluar. Silap haribulan, terpaksa dibedah pula. Sudahlah luka bersalin belum sembuh, nak tambah luka pembedahan pula?? Tidak!!

Belian secara online SET BERPANTANG & BERSALIN SHAKLEE, klik pautan berikut: BUY NOW!

Untuk pertanyaan dan tempahan SET BERSALIN & BERPANTANG SHAKLEE, boleh hubungi Kak Mas seperti berikut:

Sharing is CaringShare on Facebook9Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Uncategorized.

Leave a Reply