Alhamdullillah Saya Tidak Tumpah Darah

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam hormat buat pembaca semua,

Semoga anda semua baik-baik sahaja. Ditakdirkan saya telah melahirkan seorang bayi yang comel beberapa bulan yang dahulu. Alhamdullillah, saya bersalin normal dan kelahiran saya dipermudahkan dengan tempoh kesakitan yang tidak berapa lama.

 

Nifas Tidak Berhenti

Namun begitu, saya diuji dengan ujian darah nifas yang tidak berhenti. Hampir 90 hari darah nifas saya keluar, ada kala sedikit ada banyak. Yang merisaukan saya ketika itu, selepas 60 hari darah saya semakin banyak keluar. Saya turut risau jika adanya jangkitan kuman yang menyebabkan darah saya tidak berhenti keluar.

Terus saya berjumpa pakar sakit puan yang menyambut kelahiran bayi kecil saya, Dr. Siti Mariam. Beliau jugalah yang menyambut dua kelahiran sebelum ini, alhamdullillah. Better be safe, katanya, lalu beliau melakukan scan. Tanpa perlu dicari, kelainan terus dikenalpasti dalam rahim saya. Walaupun rahim saya kecut dengan jayanya, ada “sesuatu” di sana.

 

Tumpah Darah

Menurut Dr. Siti, kebiasaan kes begini, saya akan tumpah darah selepas seminggu. Seriau saya mendengarnya kerana tumpah darah boleh membawa maut. Kes saya agak pelik kerana saya tidak demam, rahim mengecut dan tiada jangkitan kuman. Saya percaya kerana saya konsisten makan Vitalea, Garlic dan Vitamin C semasa pantang yang membantu rahim saya kecut dan tiada jangkitan kerana badan saya kuat melawan jangkitan.

Saya juga amalkan B Complex untuk mendapat bacaan darah merah yang cantik. Sekalipun tidak tumpah darah, proses kelahiran itu sendiri menyebabkab ibu kehilangan banyak darah. Nutirsi yang lengkap membantu badan menghasilkan kembali darah merah yang hilang. Bagi yang tidak tahu apa itu tumpah darah dan risikonya, kenalinya di sini, tumpah darah.

 

Dilation and Curettage (D&C)

Untuk mengeluarkan “sesuatu” yang tertinggal dalam rahim saya, prosedur¬†D&C terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan sisa plasenta tersebut. Kecil sahaja, hanya dua cebis membran sebesar jari kelingking, tapi sudah cukup untuk membuatkan darah saya tidak berhenti. Dan saya amat bersyukur sepanjang tempoh itu, tiada jangkitan kuman. Selepas D&C, darah masih keluar untuk beberapa ketika dalam kuantiti yang amat sedikit, sebelum benar2 kering.

dilation_and_curettage

 

 

Oleh itu, saya sangat menyarankan buat ibu yang bakal berpantang, mengambil suplemen berikut seperti yang saya amalkan, yakni SET BERPANTANG:

  • Multivitamin Vitalea – membantu memberi semua nutrisi yang ibu perlukan termasuk membantu ibu yang mempunyai masalah darah cair/hilang darah serta memberi tenaga.
  • B Complex – membantu pembentukan sel darah merah yang sempurna bagi mengatasi masalah ibu yang hilang darah/bersalin
  • Garlic – antibiotik semulajadi bagi mengelakkan rahim dijangkiti kuman dan meningkatkan imun sistem serta memanaskan badan, buang angin.
  • Vitamin C – membantu proses pemulihan akibat luka, tingkatkan imun sistem dan melawan jangkitan kuman. Pengambilan bersama Vitalea membantu mereka yang ada masalah darah cair.
  • Zink – membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran seperti jahitan dan koyakan, penyembuhan lebih pantas.

 

Wanita harus ambil berat tentang kesihatan diri, setiap masa terutama dalam tempoh berpantang. Emosi dan  kesihatan yang baik, sangat perlu bagi menjalani tempoh berpantang yang lebih bermakna, buat ibu dan juga bayi.

 

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage¬†VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

 

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 comments

Leave a Reply