Anaemia semasa Hamil


Ibu Hamil, Shaklee / Thursday, March 27th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Anaemia dikenali juga sebagai kekurangan zat besi boleh berlaku semasa hamil. Ini menyebabkan para ibu mudah merasa letih, mengantuk, mudah pitam, rasa ingin jatuh pabila bangun dari duduk atau baring, malah boleh juga menyebabkan degupan jantung laju.

 

Jumlah zat besi yang ibu perlukan semasa hamil

Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Semasa hamil, ibu memerlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika ibu tak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda dan bayi, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan.

 

Bagaimana ibu boleh tahu menghidap anaemia

Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang anda perlu jalani di klinik antenatal. Agak normal bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah anda yang mencairkan sel-sel darah merah. Jika anda mengandung anak kembar, risiko ibu mendapat anaemia lebih tinggi.

 

Simptom-simptom anaemia

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia.

Antara simptom yang lain seperti sakit kepala, telinga berdengung (tinnitus), jantung berdebar juga sesak nafas. Tabiat mengidam juga tanda anda kurang zat besi. Malah, kelopak mata, kuku dan lidah yang pucat adalah tanda ibu mengalami anemia.

 

Kekurangan zat besi mengundang anaemia semasa hamil
Kekurangan zat besi mengundang anaemia semasa hamil

Adakah anaemia boleh jejaskan bayi saya?

Melainkan ibu menghidap anaemia yang serius, ibu tidak perlu bimbang mengenai bayi ibu. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang cukup, baru diri ibu sendiri. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah ibu perlu menitik beratkan pengambilan makanan seimbang agar tidak kekurangan zat besi.

Bagaimana mendapat zat besi yang cukup

Seorang ibu hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi.  Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.

Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan. Atau jarakkan pengambilan teh/kopi semasa makan 30-60minit.

 

Cadangan Suplemen Shaklee bagi membantu mengatasi gejala Anaemia

  • Multivitamin & multi mineral Vitalea with Iron Formula
  • Vitamin C Sustained Release 500mg
  • B Complex Shaklee
  • Ostematrix @calcium

 

Choose a Healthy & Happy Pregnancy!

To order,

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *