Anak Selsema? Cara Atasi Selsema

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Semoga hari anda semua ceria & bagus belaka.

Hari ini Kak Mas nak kongsikan cara-cara atasi masalah selsema di kalangan anak-anak kita. 

Sebelum itu jom kita tengok punca anak-anak selsema.

Punca Anak Selsema

Kenapa perlu kenal pasti punca anak-anak selsema. Ini kerana, dengan mengenalpasti punca, bolehlah para ibu sekalian menjauhkan atau halang terus punca tersebut, maka lagi cepat dapat pulih selsema tersebut. 

Walau bukan semua boleh kita jauhkan, sekurang-kurangnya sebahagian juga memadai.

1) Jangkitan Virus

Biasanya jika terjadi jangkitan virus, memang tiada ubat atau antibiotik. Doktor pun biasanya akan berikan ubat selsema sahaja.

Di sini para ibu kena bertindak proaktif dengan memberikan makanan tambahan seperti multi vitamin, vitamin C, minyak ikan bagi membantu menguatkan sistem imun anak-anak melawan jangkitan virus selsema tersebut.



2) Terlalu Banyak Makanan & Minuman Manis

Ini adalah hasil daripada pemerhatian Kak Mas terhadap anak-anak Kak Mas. Anak-anak ini sebenarnya belum matang tubuh mereka untuk memproses gula tambahan yang berlebihan. Reaksi badan mereka akan menghasilkan mukus berlebihan akibat terlebih makan gula, maka selsema dan batuk boleh terjadi.

Gula yang Kak Mas maksudkan bukan sahaja gula-gula, tetapi termasuk aiskrim, minuman manis, minuman air kotak seperti air kotak milo, susu berperisa, coklat, kek, biskut apatah lagi gula-gula.

Jauhkan makanan manis tersebut, insyaa Allah lebih cepat selsema anak-anak ibu pulih, insyaa Allah.

3) Banyakkan Minum Air Kosong

Untuk flush out makanan manis, maka air kosong jalan terbaik untuk bantu membuang gula daripada sistem tubuh anak-anak.

Dan lagi, sebenarnya selsema antara tanda badan memerlukan air kosong sebab terhidrat, maka galakkan anak-anak minum air kosong. Sediakan bekas air yang comel-comel yang sedia ada di meja makan, ruang tamu, ruang main, dalam kereta supaya anak-anak terdorong minum air kosong pada bila-bila masa.



4) Kenal Pasti Alahan Anak-Anak

Tak dinafikan, sesetengah anak-anak mempunyai alergi dan alahan terhadap makanan/bahan luaran tertentu. Mukus & selsema ada kala ialah hasil reaksi tubuh terhadap bahan tersebut.

Seperti anak Kak Mas yang kedua, anak Kak Mas alergi terhadap sebarang produk tenusu dan gula tambahan. Kalau makan berlebihan, anak Kak Mas akan batuk & selsema akibat mukus yang terhasil.

Maka, semasa usia anak Kak Mas bawah 4 tahun, minuman manis, berkultur seperti yakult, vitagen, makanan manis seperti kek, biskut raya, biskit, malah makanan dan minuman tenusu seperti susu kotak berperasa, air milo, semuanya perlu di kawal. Setakat sekali sehari sekali masih okey, jika lebih maka bermukus anak Kak Mas jawabnya.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian Kak Mas. Untuk tingkatkan sistem imun anak, Kak Mas memilih minyak ikan Omega Guard dan multivitamin Shaklee. Sama ada multivitamin berbentuk serbuk seperti Mealshake atau Chewable seperti VitaLea for Children, dua-dua juga bagus untuk anak-anak.

VitaLea for Children buat masa ini memang offer Buy 3 Free 1. Jangan lupa WhatsApp Kak Mas ye 019.2318050 untuk pertanyaan dan order 😎

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

Leave a Reply