Anda tahu Oksidatif – Pentingnya Vitamin E

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Vitamin e adalah vitamin larut lemak yang fungsi utama adalah sebagai antioksidan. Ia disimpan dalam hati dan lemak dalam badan kita. Vitamin e didapati secara semula jadi dalam sesetengah makanan, dan juga diet tambahan seperti kapsul vitamin e.

Banyak makanan yang mengandungi vitamin e, tetapi selalunya termusnah akibat proses masakan yang menggunakan haba. Jadi, cara terbaik ialah makan makanan tersebut secara fresh atau mengambil suplemen vitamin E.

 

khasiat-vitamin-E

Vitamin E membantu tubuh dalam pelbagai perkara

  • membantu tubuh membina sel darah merah (plasma darah)
  • menguatkan imun sistem
  • melawan dan melindungi tubuh dari serangan kuman dan virus
  • melawan radikal bebas dalam tubuh yang menjadi punca pelbagai penyakit termasuk kanser
  • melawan oksidatif tubuh, melindungi tubuh dari penyakit akibat tekanan oksidatif
  • memelihara arteri yang sihat
  • membantu mengelak pengerasan arteri.

 

Para pengkaji juga percaya bahawa vitamin E membantu tubuh manusia melambatkan proses penuaan, sakit jantung dan kanser.

Vitamin E juga meningkatkan imun sistem dengan melawan radikal bebas yang mampu merosakkan jantung dan paru-paru terutama buat perokok, yang mana bahan berat disedut ke paru-paru sama ada semasa merokok atau menyedut udara tercemar termasuk asap rokok, asap kenderann dan bahan buangan kilang.

 

Oksidatif

Radikal bebas adalah atom/molekul yang tidak stabil dan akan membentuk reaksi berantai untuk menstabilkan atom/molekul tersebut tetapi proses berantai ini dapat menimbulkan kerosakan pada sel tubuh termasuk membran sel dan DNA. Ini menyebabkan kerosakan atau kematian sel sihat.

Anti oksida pula ialah atom/molekul stabil yang akan berinteraksi dengan radikal bebas bagi menghentikan reaksi berantai tadi sebelum ia merosak lebih banyak sel tubuh.

Oksidatif, yakni terlalu banyak radikal bebas dan sangat sedikit anti oksida dalam tubuh menyebabkan tekanan oksidatif terhadap tubuh. Maka tubuh tidak mampu melawan radikal bebas yang terlampau banyak ini (terutama buat mereka yang merokok) dan mendedahkan tubuh terhadap penyakit yang diakibatkan oleh radikal bebas termasuk kanser paru-paru, kanser tekak, sakit jantung dan lain-lain.

 

Pengambilan Vitamin C dan E meningkatkan tahap anti oksida yang melawan radikal bebas, membantu menghindarkan tubuh manusia dari pelbagai penyakit akibat radikal bebas. Malah, ia memperbaiki kesihatan dan sel kulit secara keseluruhan.

 

vitamin e shaklee Harga Vita-c Shaklee

Amalkan gaya hidup sihat, amalkan Vitamin C & E dalam diet harian anda!

Hubungi saya,

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply