Apa Itu Bell Palsy

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Apa itu Bell Palsy

Bell Palsy ialah lumpuh atau kelemahan otot pada bahagian sebelah muka anda. Kerosakan pada saraf muka yang mengawal otot pada sebelah muka menyebabkan sebelah muka terasa berat. Kerosakan saraf juga boleh menjejaskan deria rasa, kilang air mata dan air liur. Keadaan ini datang secara tiba-tiba, kerap kali semalaman, dan biasanya menjadi lebih baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.

Bell Palsy bukan akibat strok atau serangan iskemia sementara atau dalam Bahasa Inggerinsnya, transient ischemic attack (TIA). Walaupun strok dan TIA boleh menyebabkan lumpuh muka, ia langsung tiada kaitan dengan Bell Palsy. Walaubagaimanapun, serangan Bell Palsy yang berlaku secara tiba-tiba perlu diperiksa oleh doktor dengan segera untuk menolak sebab-sebab yang lebih serius.

Apa Punca Bell Palsy

Punca yang tepat tidaklah diketahui. Kebanyakan kes, seringkali dikaitkan dengan virus herpes. Kebanyakan kes Bell Palsy, saraf yang mengawal otot sebelah muka rosak atau terganggu akibat keradangan saraf.

 

Apakah simptom Bell Palsy

Simptom Bell Palsy termasuk:

  • Simptom utama ialah kelemahan atau lumpuh otot muka (sebelah) yang menyebabkannya terasa berat. Ini menyebabkan sukar untuk mengedipkan mata pada bahagian muka yang lumpuh
  • Sebelah muka terasa berat
  • Masalah mata termasuk mata kering atau air mata berlebihan
  • Hilang deria rasa
  • Menjejaskan kilang air mata dan/atau air liur
  • Sakit dalam atau belakang telinga
  • Rasa kebas pada bahagian muka yang lumpuh
  • Sensitif dengan bunyi (sakit telinga)

 

Bagaimana Bell Palsy di Diagnos

Doktor akan bertanya soalan seperti bagaimana simptom yang anda rasa, bahkan mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk memeriksa fungsi saraf muka.

Jika penyebab simptom samar-samar, mungkin ujian yang lain akan dilakukan seperti ujian darah, MRI atau CT Scan.

Rujukan : Wikipedia, WebMD.org , KidsHealth.org

 

Semoga penerangan di atas membantu para pembaca memahami apa itu Bell Palsy. Entri seterusnya saya akan kongsikan bagaimana pesakit Bell Palsy sembuh dengan usaha menggunakan produk Shaklee.

 

Salam hormat,

Masitah
ID Shaklee : 869624
WhatsApp : 019-2318050
FB : www.facebook.com/vitaminpilihanibu

 

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply