Bahaya Sodium Lauryl Sulfate (SLS)

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Malam!

Hari ini Kak Mas nak berkongsi sedikit maklumat tentang garam yang selalu digunakan dalam produk kosmetik, termasuk krim, syampoo dan lain-lain iaitu SLS. Tahu apa itu SLS?

Di sini Kak Mas cerita dengan ringkas sahaja untuk pengetahuan umum buat semua.

Sodium Lauryl Sulfate (SLS)

Sodium Lauryl Sulafate atau nama pendeknya SLS banyak digunakan dalam banyak produk kosmetik, produk kecantikan dan produk penjagaan diri. Apa fungsi SLS?

SLS digunakan secara meluas dalam banyak produk arus perdana kebersihan diri seperti syampu, ubat gigi, ubat kumur, peralatan mandian, sabun, bahan pencuci dan basuh badan, bersama-sama dengan Sodium Laureth Sulfate (SLES) dan Ammonium Laurel Sulfate (ALS).

SLS pada dasarnya ialah bahan pencuci dan surfuctant (yang membantu memisahkan molekul untuk membolehkan interaksi yang lebih baik antara produk dan rambut)

Ini seterusnya menghasilkan buih yang membuat produk seperti syampu dan ubat gigi pembersih lebih berkesan. SLS begitu berkesan dan juga murah juga dijumpai dalam beberapa ejen pembersihan industri seperti pencair minyak enjin dan bahan cuci industri yang kuat. Ia juga digunakan secara meluas dalam ujian kerengsaan kulit untuk menguji produk yang digunakan untuk menyembuhkan keadaan atau masalah kulit.

Kadar kandungan selamat SLS yang disarankan untuk pengilangan untuk kegunaan orang awam adalah dibawah 1%. Tetapi kebanyakan produk mengandungi SLS hampir 2%. Nampak sikit! Tapi kesan nya adalah akumulatif (iaitu terkumpul).

Lebih menakutkan, SLS boleh diserap terus dari kulit kita masuk ke saluran darah dan terkumpul dalam organ-organ penting seperti mata, otak, jantung, hati dan lain-lain bahagian. Gerun?

SLS digunakan dengan meluas sebagai pemfaktor/ejen pencuci/ pengilmusi yang digunakan dalam beribu-ribu produk kosmetik dan penjagaan peribadi.

SLS asalnya daripada kelapa, tetapi dalam proses penghasilan SLS yang dilakukan secara ethoxylation, maka ia akan menghasilkan dioxane yang merupakan bahan kimia yang sangat karsinogenik (iaitu bahan yang cenderung atau boleh mengakibatkan kanser). 


Paling menggerunkan, SLS ini, molekulnya sangat mudah untuk menembusi dan melalui membran kulit kita. Dalam perjalanan ia masuk ke dalam saluran darah, ia akan bawa sekali (menjadi transporter ~lebih kurang) bahan kimia lain.

Jangan terkejut, SLS dan adik beradiknya boleh menyebabkan iritasi dan juga katarak. 

Untuk anak-anak kecil pula, SLS ni akan mengganggu tumbesaran mata mereka yang sempurna. Ada kajian mengatakan SLS/SLES ni ada kaitan dengan penyakit digenaratif dan merupakan neurotoxid.

Kredit : SLS

—–

Seram tak dengar. Masih nak gunakan produk yang ada SLS?
Saya boleh list kan 10 sebab kenapa kita harus elakkan produk yang mengandungi garam Lauryl Sulfate ini.. Nak tau ke tak nak? 

Post seterusnya akan saya senaraikan mengapa kita perlu jauhkan SLS, insyaa Allah.
Jika bermanfaat sudi-sudikan sharekan ye 😘😘😘

Produk Shaklee Bebas SLS, Paraben, DLL

Sebab itu Kak Mas jatuh cinta berkali-kali dengan produk Shaklee. Sebab ia bebas daripada bahan-bahan berbahaya yang boleh memberi mudarat kepada kita.

Daripada Skin Care Nutriwite, atau Enfuselle, atau Herbal Blend Multipurpose Cream, Syampoo Pro Sante, wah Kak Mas memang membeli dan memakai tanpa was-was. 😎

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

Leave a Reply