Batu Karang – Boleh Di Cegah

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Batu Karang – Boleh Di Cegah

 

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik, dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks. Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic).

Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria. Batu yang terdapat dalam buah pinggang (ginjal) terjadi dengan kewujudan kristal halus daripada beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalate, kalsium fosfat dan yang kurang dikenali ialah asid urik, cystine dan magnesium fosfat ammonia.

 

batu karang

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Kebanyakan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan gangguan kepada perjalanan aliran air kencing. Kuman juga mulai merebak dan jika tidak dirawat segera boleh mengakibatkan kerosakan ginjal.

 

Simptom Batu Karang

Batu karang tidak menyebabkan sebarang gejala sehingga ia bergerak di sekitar dalam buah pinggang atau dalam saluran kencing – tiub yang menyambungkan buah pinggang dan pundi kencing. Pada ketika itu, tanda-tanda ini boleh berlaku:

  • Sakit yang teruk di sisi, belakang dan bawah tulang rusuk
  • Sakit yang merebak ke bahagian bawah abdomen dan pangkal paha
  • Sakit yang datang sekejap-sekejap dan teramat sakit
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Air kencing berwarna merah jambu, merah atau coklat
  • Air kencing yang keruh dan berbau busuk
  • Loya dan muntah-muntah
  • Perasaan berterusan untuk membuang air kecil
  • Membuang air kecil lebih kerap daripada biasa
  • Demam dan seram sejuk jika terdapat jangkitan

Kesakitan batu karang ini boleh berubah-ubah disebabkan beralih tempat dalam saluran kencing.

 

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Buat temu janji dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda dan gejala-gejala yang membimbangkan anda. Dan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami:

  • Sakit begitu teruk yang anda tidak boleh duduk diam atau mencari kedudukan yang selesa
  • Sakit disertai dengan loya dan muntah-muntah
  • Sakit disertai dengan demam dan menggigil
  • Darah dalam air kencing anda
  • Kesukaran membuang air kecil

 

Mencegah Lebih Baik

Selain minum air kosong yang banyak dan diet yang kurang garam, suplemen tambahan juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena sakit batu karang:

 

~ Vitamin C Shaklee bertindak untuk mengasidkan urin kita iaitu air kencing. Kerana air kencing yang berasid tidak akan menghasilkan batu karang.

~ Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium iaitu mengurang oxalate yang terdapat makanan kita makan setiap hari.

~ Bcompleks Shaklee mengandungi B6 iaitu penyakit batu karang disebabkan kekurangan vitamin B6 dan bantu menurunkan oxalate (garam mineral).

~ Alfalfa Shaklee mengurangkan inflamasi ataupun keradangan dan infeksi

 

Hidup Sihat Pilihan Bijak!

 

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya :

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya akan membantu anda sebaiknya.

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply