Beguk, Simptom Beguk dan Rawatan


amalan sihat, beguk, atasi beguk, ubat beguk, Shaklee / Monday, June 11th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Kenali Beguk, Simptom Beguk dan Rawatan

Istilah perubatan

  • Mumps: Beguk
  • Patofisiologi: Bagaimana penyakit berlaku
  • Prognosis: Kesudahan penyakit
  • Masa Inkubasi: Tempoh waktu bermula apabila terdedah dengan virus tersebut hingga simptom pertama muncul

Pengenalan : Apa itu Beguk

Beguk adalah jangkitan virus yang menyebabkan keradangan dan pembengkakan pada kalenjar air liur terutamanya kalenjar parotid. Ia juga mungkin menyebabkan selesema yang teruk tanpa simptom-simptom yang lain

Penyakit ini selalunya akan sembuh dengan sendirinya dalam waktu 10 hari. Tetapi terdepat beberapa kes yang menyebabkan komplikasi seperti jangkitan pada selaput otak (meningitis), keradangan pada testis (orchitis), keradangan pada ovari (oophoritis) dan keradangan pada pankreas.

Terdapat vaksin untuk penyakit beguk (mumps) ini. Di Malaysia, vaksin tersebut mengandungi 3 gabungan yang memberi perlindungan kepada 3 jenis kuman iaitu measles, mumps(beguk) dan rubella.

Di US pula, mereka sudah menggabungkan vaksin tersebut menjadi 4. Gabungan yang ke-empat akan memberi perlindungan kepada virus varicella zoster yang menyebabkan penyakit โ€˜chicken poxโ€™. Pemberian vaksin yang telah dimulakan menyebabkan kadar jangkitan kuman disebabkan virus tersebut sudah menurun dengan banyak

Patofisiologi

Virus beguk disebarkan melalui titisan air yang berasal daripada saluran pernafasan. Apabila seseorang bersin dan batuk ataupun mempunyai lelehan hingus, titisan air tersebut boleh berterbangan dan masuk ke dalam saluran pernafasan orang lain

Masa inkubasi adalah diantara 14-25 hari.

Virus beguk akan memasuki bahagian mulut dan hidung. Ia akan melekat dan membahagi di dalam sel yang melapisi saluran itu. Selepas itu, barulah virus ini akan dilepaskan di dalam darah dimana ia akan merebak pada organ-organ lain terutamanya kalenjar air liur.

Ketika mana ia merebak di kalenjar air liur, virus ini akan membahagi dengan banyaknya di bahagian saluran kalenjar air liur tersebut dan menyebabkan keradangan pada organ itu.

Ia juga boleh merebak pada organ lain seperti otak, pankreas, testis dan ovari. Ini juga boleh menyebabkan organ-organ seperti berikut bengkak dan meradang.

Sebanyak 30-40% pesakit yang dijangkiti virus ini akan mempunyai bengkak pada kalenjar air liur terutamanya kalenjar parotid

Penyakit ini sangat mudah menjangkiti orang lain terutamanya pada waktu 3 hari sebelum simptom bermula sehinggalah 4 hari selepas bengkak pada kalenjar air liur semakin sembuh.

Prognosis

Prognosis bagi penyakit ini adalah bagus. Sangat jarang untuk pesakit beguk mengalami komplikasi daripada penyakit ini. Tetapi terdapat komplikasi yang berbahaya bagi penyakit ini iaitu jangkitan kuman pada otak. Ia mencatatkan kematian sebanyak 1.4% jika seseorang mengalami komplikasi ini.

Ia juga boleh menyebabkan keradangan pada bahagian testis yang juga boleh menyebabkan kemandulan

Punca beguk (mumps)

Beguk disebabkan jangkitan virus yang berada di dalam kumpulan Paramyxovirus. Hanya manusia sahaja yang menjadi perumah kepada virus ini.

Virus lain yang boleh menyebabkan keradangan pada kalenjar parotid adalah virus influenza, echovirus, parainfluenza dan Coxsackievirus A. Jangkitan virus HIV dan cytomegalovirus juga boleh menyebabkan keradangan pada kalenjar parotid tetapi sangat jarang

Faktor risiko yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan ini adalah tidak cukup pemberian imunisasi, pergerakkan ke negara luar dan masalah sistem imun yang kurang aktif.

Simptom Beguk

Setelah beberapa hari terdedah dengan virus tersebut, pesakit akan melalui fasa prodromal (permulaan) dimana simptom yang terhasil tidak spesifik merujuk kepada penyakit beguk.

Simptom itu adalah:

  • Demam yang tidak tinggi
  • Rasa letih
  • Sakit-sakit otot
  • Sakit kepala

Dalam fasa ini, kalenjar air liur masih tidak bengkak.

Setelah melalui beberapa hari fasa prodromal, pesakit akan mula mempunyai simptom keradangan pada kalenjar air liur terutamanya kalenjar parotid.

Simptom-simptom tersebut adalah:

  • Bengkak pada kalenjar parotid iaitu kilang air liur
  • Sakit ketika makan
  • Sakit kepala

Selain daripada itu, pesakit mungkin akan mempunyai simptom yang lain jika terdapat komplikasi daripada jangkitan beguk seperti

1. Meningitis (jangkitan kuman pada selaput otak)

  • Sakit leher (otot leher yang tegang menyebabkan pesakit sukar untuk menoleh)
  • Sakit kepala yang kuat
  • Sakit belakang ketika membongkok
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Batuk

2. Orchitis (Jangkitan kuman pada testis)

  • Sakit pada bahagian testis
  • Bengkak pada testis
  • Kemerah-merahan

Komplikasi Akibat Beguk

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku pada pesakit beguk termasuk:

  • Meningitis: Jangkitan kuman pada selaput otak
  • Orchitis: Keradangan pada testis disebabkan jangkitan kuman. Ia boleh menyebabkan kemandulan pada seseorang lelaki
  • Oophoritis: Keradangan pada ovari disebabkan jangkitan kuman
  • Pancreatitis: Keradangan pada pankreas disebabkan jangkitan kuman
  • Myocarditis: Keradangan pada otot jantung

Simptom hampir sama dengan beguk tetapi bukan

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan penyakit beguk iaitu:

  • Mastoiditis: Keradangan pada bahagian yang melapisi tulang mastoid di kawasan belakang telinga
  • Sindrom Sjorgen
  • Orchitis
  • Epididymitis
  • Encephalitis

Siasatan Lanjut

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai beguk ataupun tidak ia hanyalah berasaskan pemeriksaan klinikal sahaja dengan mengenalpasti simptom beguk.

Tetapi jika berlakunya wabak, sampel pada pesakit-pesakit tersebut perlu diambil untuk dibuat kajian.

Sampel-sampel yang selalu diambil adalah spesimen air daripada tekak, air kencing, darah dan juga sampel daripada pipi bahagian dalam mulut.

Sampel air tulang belakang juga akan diambil jika doktor suspek pesakit mempunyai jangkitan pada selaput otak(meningitis).

Rawatan Beguk

Kebanyakkan daripad kes beguk akan baik dengan sendirinya di rumah. Tetapi pesakit yang mempunyai komplikasi seperti yang diterangkan di atas, dia mungkin perlu dimasukkan ke dalam wad

Jika anak anda mempunyai beguk, anda perlu:

  • Memberikan ubat untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan bengkak pipi/leher
  • Memberi minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Kanak-kanak selalunya akan kurang minum air disebabkan bengkak dan sakit pada bahagian mulut mereka, jadi pastikan anak-anak minum air dengan cukup.
  • Gunakan bungkusan ais ataupun bungkusan pak air panas (terpulang kepada pesakit) untuk mengurangkan kesakitan. Letakkan tuala nipis pada bungkusan tersebut untuk melindungi kulit
  • Tidak menghantar mereka ke sekolah atau pergi ke tempat awam

Rujukan: ediagnosa.com

Cadangan Suplemen Beguk

  • Multivitamin VitaLea
  • Performance Drinks
  • Vitamin C
  • Nutrition

Semua suplemen berikut membantu menguatkan sistem imun, dan pemilihan tubuh. Mumps atau beguk ialah penyakit bawaan virus, tidak perlukan antibiotik, hanya ubat yang mengurangkan simptom demam, bengkak, sementara sakit pulih sendiri. Suplemen membantu tubuh baik dgn lebih cepat dan tidak berlarutan.

Semasa bulan Ramadhan yang lepas 3 daripada anak akak dijangkiti mumps atau beguk. Dan yang akak buat ialah, memudahkan anak-anak melalui fasa pemulihan dengan sokongan moral, ubatan spt ubat demam dan susut bengkak plus Suplemen yang dinyatakan spt di atas.

Untuk dapatkan suplemen tersebut, boleh whatsApp ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

whatsApp 019.2318050

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *