Bengkak Susu – Tips Apa Nak Buat

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam sihat ceria buat semua pembaca vitaminpilihanibu !

Di sini saya ingin kongsikan tips berguna yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang bagi mengatasi masalah bengkak susu. Apa yang saya kongsikan di sini berdasarkan pembacaan dan pengalaman diri sendiri -almaklumlah anak dah tiga orang 🙂

 

Apa itu Bengkak Susu

bengkak susu

Bengkak susu adalah disebabkan salur susu tersumbat. Dalam bahasa Inggerisnya ia dikenal sebagai “Clogged Duct“. Kebiasaannya ini terjadi selepas ibu yang bersalin telah mula berurut dan makcik urut telah pun mengurut payu dara bagi menggalakkan penghasilan susu ibu. Tetapi, ada juga kes, sebelum urut pun, penghasilan susu telah banyak dan menyebabkan bengkak susu.

Apabila payu dara mengeluarkan susu, tetapi saluran susu pula tersunbat, maka berlakulah bengkak susu. Ini amatlah perit dan tidak selesa. Malah, jika tidak diatasi, boleh menyebabkan sakit kepala, sakit belakang serta demam. Lebih teruk, jika berlakunya jangkitan kuman.

 

Bengkak Susu – Tips Melegakan Bengkak Susu

1) Urutan payu dara

Kebiasaannya apabila makcik urut datang, jangan lupa maklumkan anda mengalami bengkak susu. Beliau akan membuat urutan yang melembutkan salur susu yang sudah tersumbat dan juga mengeluarkan susu melalui liang2 yang tersumbat itu.

Amaran: memanglah sakit ketika makcik urut cuba mengeluarkan susu melalui salur yang tersumbat, tetapi sakit bengkak susu yang tidak dirawat lebih menyeksakan!

2) Mandi Air Panas

Siramkan air hangat ke payu dara yang mengalami bengkak susu. Lagi hangat lagi baik sebab ia dapat melegakan bengkak susu tersebut dan melancarkan perjalanan darah di kawasan tersebut.

3) Tuam/Tungku Payu Dara

Seperti konsep mandi air hangat, ia membantu membuka saluran yang tersumbat, melegakan kesakitan dan melancarkan perjalanan darah di kawasan terbabit.

4) Susukan bayi pada Payu Dara yang Bengkak Susu

Hisapan ketika bayi lapar amat kuat, membantu susu mengalir ke saluran yang tersumbat. Katakan hanya payu dara kiri yang tersumbat, mulakan susuan dengan payu dara kiri, barulah diikuti payu dara kanan. Ini membantu melancarkan aliran susu di saluran yang tersumbat tersebut.

Amaran: kaedah ini memang meyakitkan pada awalnya, tapi akan beransur hilang apabila saluran tidak sumbat lagi.

5) Pam dengan kerap dan tekanan kuat

Sama konsep seperti di atas, kerapkan pam susu pada payu dara yang tersumbat dan mengalami bengkak susu, dan kalau boleh menggunakan tekanan yang kuat juga. Ini membantu membuka saluran yang tersumbat seterusnya membolehkan susu mengalir dengan lancar.

Amaran: kaedah ini memang meyakitkan pada awalnya, tapi akan beransur hilang apabila saluran tidak sumbat lagi.

6) Pelbagaikan Posisi Penyusuan

Ini bagi memastikan semua salur susu dihisap secara berkesan oleh bayi. Posisi yang berlainan memungkin salur susu yang berbeza mendapat hisapan berkesan daripada bayi.

7) Bayi latch dengan Betul

Sama konsep seperti (6) bahawa latch yang betul memungkinkan salur yang tersumbat mendapat hisapan yang kuat dan tepat bagi memastikan susu terus mengalir melalui salur yang tersumbat. Ada petua tentang ini, iaitu pastikan dagu bayi bertemu dengan payu dara untuk mendapat hisapan/latch yang betul.

8) Urutan Lembut sebelum Penyusuan

Rajinkan mengurut pay dara yang bengkak susu terutama pada bahagian yang telah mengeras. Ini membantu unclog saluran yang tersumbat. Mulakan dengan urutan lembut dari atas payu dara, turun melalui salur yang tersumbat ke puting anda. Ulang urutan ini beberapa kali.

9) Makan Lecithin

Selain mnegamalkan pengambilan air yang cukup, boleh amalkan pengambilan lecithin. Lecithin membantu melembutkan dan mencairkan sumbatan pada salur susu. Apabila digabungkan dengan sesi susuan bayi dan pam, lama kelamaan sumbatan tersebut akan hilang dan aliran susu akan lebih lancar.

10) Sapukan Minyak Panas

Ini atas risiko sendiri. Saya sapukan minyak Yokoyoko di malam hari untuk melegakan bengkak susu dan melancarkan aliran susu dan aliran darah. Saya juga buat hampir semua di atas. Hasilnya, dalam masa 3-4 hari, masalah bengkak susu saya selesai 🙂 alhamdullillah.

 

Semoga bermanfaat!

 

Dapatkan SET BERSALIN SHAKLEE hari ini jua!

Set Bersalin & Berpantang Shaklee

iklan set berpantang

 

Klik “Buy Now” utk pembelian  Set Bersalin & Berpantang Shaklee,

buynow

*Boleh un-tick untuk buang produk yang telah ada/tidak diingini

 

Untuk Set Kehamilan Lengkap, rujuk Set Kehamilan

 

Atau, untuk pembelian terus drp saya, boleh hubungi saya di,

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply