Cara Atasi Serangan Jantung dan Strok

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Petang!

Hari ini Kak Mas bersiaran agak petang. Sibuk pula pagi-pagi tadi. Topik hari ini agak berat, iaitu berkenaan serangan jantung dan strok.

Kenapa Kak Mas pilih tajuk ini? Semalam ada seorang hamba Allah bertanya-tanya tentang suplemen buat bapa mertua beliau yang baru sahaja terkena strok, terpaksa buat pembedahan terus untuk keluarkan darah beku di otak. Bapa mertua beliau yang sebelum ini tiada langsung sejarah darah tinggi, tiba-tiba sahaja jatuh motor akibat strok, lantas terpaksa menjalani pembedahan untuk buang darah beku. Kita sebagai anak pasti terkejut dan kaget, bukan?

Hari ini pula, suami Kak Mas baru maklumkan ibu mertua kepada salah seorang sahabat baik pula terkena major strok. Masyaa Allah minta jauhkan daripada kita.

Punca Serangan Jantung dan Strok

Tahukah anda, punca asal serangan jantung dan strok, kebanyakan waktu ialah sama, iaitu:

  1. Tekanan Darah Tinggi
  2. Saluran Arteri yang Mengeras dan Menyempit
  3. Sumbatan Salur Darah (daripada darah beku atau serpihan kolesterol)
  4. Salur Darah Bocor (sebab tekanan darah terlampau tinggi)
  5. Tidak cukup oksigen (akibat sumbatan salur darah, penyempitan salur darah)

Nampak tak culprit utama di situ?

Kolesterol > Arteri Mengeras & Menyempit > Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi > Kolesterol > Arteri Tersumbat

 

Serangan Jantung dan Serangan Strok.

Meh Kak Mas fahamkan sikit apa beza Serangan Jantung dan Serangan Strok, walaupun puncanya hampir sama.

1. Serangan Strok

Bayangkan awak buka paip air pada kadar yang sama, satu menggunakan salur kecil, dan satu lagi besar. Salur kecil akan lebih laju, pancutan air juga lebih jauh. Ini air berada pada tekanan tinggi, manakala salur besar (arteri yang tiada plak kolesterol) pada tahap normal. Sama konsep salur darah/arteri dah banyak plak kolesterol di dindingnya, salur darah jadi keras dan sempit. Apabila dinding arteri sempit, aliran darah menjadi laju dan tinggi, ini menyebabkan tekanan darah tinggi.

Lebih teruk, darah awak pula berkepekatan tinggi daripada normal, lebih sukarlah darah yang membawa oksigen ke seluruh anggota badan hendak melalui salur darah yang sempit tersebut.

Tekanan darah yang terlampau tinggi, boleh menyebabkan sakit kepala, lebih teruk lagi, salur darah halus di otak bocor atau “ruptured” akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Ini dinamakan Hemorrhagic Stroke.

Manakala penyumbatan salur darah di otak, sama ada oleh sisa kolestrol yang besar, atau sisa kolesterol yang kecil (tetapi melalui dinding arteri yang sempit) yang menghalang aliran darah/oksigen di otak dinamakan Ischemic Stroke.

 

2. Serangan Jantung

Apa pula serangan jantung? Dengan faktor utama yang sama, iaitu penyumbatan di saluran arteri/darah, tetapi ia bukan berlaku di otak, tetapi di jantung.

Arteri mengeras dan menyempit akibat penumpukan plak kolesterol di mana-mana salur utama darah di jantung, menyebabkan tekanan darah tinggi di kawasan tersebut. Lebih teruk, darah beku atau “blood clot” atau sisa kolesterol yang bebas terapung di dalam salur darah tersekat pada dinding arteri yang sempit. Jadi darah tidak dapat menerusi saluran tersebut. Serangan jantung boleh berlaku akibat penyumbatan ini.

Image result for blood clot heart attack

Image result for blood clot heart attack

 

Cara Atasi Serangan Jantung dan Strok

Kita kembali ke punca utama serangan jantung dan strok ini, KOLESTEROL.

Kolesterol pula terbahagi dua iaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat. Untuk mendapat kesihatan jantung dan salur darah yang cantik tanpa penumpukan kolesterol jahat (LDL), tubuh kita perlukan:

  • Kolesterol baik (HDL) yang Tinggi
  • Kolesterol jahat (LDL) yang Rendah

LDL menyimpan kolesterol dalam salur darah (termasuk menumpuk di salur arteri/darah).

HDL mengawal selia penyimpanan LDL dan menggalakkan perkumuhan kolesterol, atau ayat orang awam, membawa keluar kolesterol daripada badan/darah.

Related image

 

Semua ini bermula dengan pemakanan kita. Kenali makanan yanag tinggi LDL, maka jauhkan dan kurangkan. Kenali makanan yang kaya HDL, maka makanlah dengan banyak!

Image result for food with high HDL

Contoh makanan yang tinggi lemak & LDL

Makanan yang meningkatkan HDL

1. Kekacang

Kekacang seperti walnut, badam, kacang tanah, pistachios, pecans, kacang tanah, dan hazelnuts adalah sumber asid lemak omega-6 yang baik, yang membantu meningkatkan HDL.

2. Ikan yang Kaya Omega-3

Ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna,  ikan tongkol adalah sebahagian ikan yang tinggi asid lemak omega-3, jenis lemak tak tepu yang sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung dan mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung. Adalah disyorkan untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan setiap minggu. Jika anda tidak makan makanan laut, anda boleh cuba makanan tambahan minyak ikan.

 

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah tinggi lemak tak tepu omega-6 dan boleh membantu anda meningkatkan HDL anda. Gantikan mentega dan makanan goreng dengan makanan yang dimasak ringan dalam minyak zaitun untuk salur darah yang bebas plak kolesterol dan jantung sihat.

4. Makanan tinggi Serat

Serat, terutamanya serat larut, boleh membantu meningkatkan kadar HDL pada masa yang sama mengurangkan LDL. Oat adalah sumber terbaik serat larut, seperti jug beras, barli, kekacang  dan buah-buahan tertentu seperti prun dan epal. Tambahkan hidangan ini dalam sajian harian anda, boleh membawa kesan positif ke atas kadar HDL anda.

 

SUPLEMEN SHAKLEE YANG KAYA OMEGA 3, EPA & DHA

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang bergred farmasi, disuling dengan penyulingan berperingkat untuk membuang logam berbahaya daripada ikan laut dalam. Ikan laut dalam, kebanyakkannya tinggi Omega-3 tetapi tinggi juga kandungan bahan logam berbahaya seperti merkuri dan lain-lain.

Selain itu, kandungan Omega-3, EPA & DHA dalam setiap hidangan (iaitu 3 biji sebagaimana yang disyorkan) ialah 99% berbanding jenama lain yang mungkin hanya 30-70% dan selainnya ialah lemak-lemak ikan sahaja.

Omega-3 memang diketahui sangat bagus untuk membantu mengawal kolesterol jahat (LDL) pada masa yang sama membantu meninggikan kandungan HDL dalam tubuh. Untuk membantu kawalan darah tinggi dan kolesterol, Omega Guard Shaklee memang terbaik!

VIVIX MEMPERBAIKI TUBUH PADA TAHAP SEL

Vivix dengan 4 mekanisma utama, membantu memperbaiki sel tubuh. Sel merupakan elemen terkecil yang ada pada tubuh, organ, kulit dan lain-lain. Amalan memakan Vivix setiap hari, membantu memperbaiki sel tubuh yang rosak, sakit, melawan radikal bebas langsung menyihatkan tubuh. Rata-rata mereka yang mempunyai masalah berangkai, dengan Vivix membantu mereka mendapat kualiti hidup yang lebih baik!

 

 

Jom sih weat bersama Kak Mas!

Jauhi Kolesterol, Amalkan Gaya Hidup Sihat!

Untuk belian secara online, klik pada pautan berikut: BUY NOW!
 Atau boleh berhubung dengan saya seperti berikut.

Hubungi:

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply