Cara Awet Muda yang Mudah & Pantas

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Pepagi Khamis yang ceria ini, awak-awak semua buat apa? Sementara tunggu anak-anak bangun, Kak Mas nak share sikit cara-cara nak awet muda @ nak kekalkan awet muda.

Kenapa nak awet muda? Selalu orang ingat bab nak cantik je kan? Silap tu, bila sel kita muda, jauhlah penyakit. Bila sihat, even umur 40-60an sekalipun, kita masih mampu nak buat perkara-perkara yang kita suka tanpa masalah.

Ada orang suka bercucuk tanam, berbasikal, mendaki bukit, even kaki surau pun kenalah sihat untuk menjalankan aktiviti ibadah & sosial dengan masyarakat setempat.

Jadi, memilih untuk awet muda ialah keputusan yang bijak untuk diri sendiri dan keluarga.

 

Cara Awet Muda yang Simple & Mudah

1) Minum air kosong secukupnya

Kadar biasa yang disarankan minum ialah sekitar 2-3L sehari. Mengapa kena banyak minum air kosong. Ini untuk membantu buah pinggang menyingkirkan bahan yang tidak perlu atau toksik dalam badan.

Bayangkan anda basuh baju dengan air yang banyak dan air yang sikit. Dengan air yang banyak, mudah kerja kan. Kalau air sedikit, entah bersih entah tidak.

Serupa juga dengan buah pinggang, dengan kadar air yg mencukupi, membantu mengurangkan beban penapis-penapis kecil dalam buah pinggang untuk menyingkirkan bahan yang tidak perlu daripada tubuh kita.

 

2) Makan makanan yang sihat dan semulajadi

Apa yang Kak Mas nak tekankan di sini, banyakkan makan makanan seperti buah, sayuran, makanan alami (bukan fast food), kurangkan yang berminyak dan tinggi kolesterol serta lemak trans.

Mengapa? Sebab makanan semulajadi, tinggi kandungan nutrisi seperti vitamin termasuk vitamin C, A, D, B dan lain-lain lebih-lebih lagi sayuran dan buah-buahan mentah. Ini sebab, masakan dengan haba mudah memusnahkan nutrisi tersebut.

Makanan semulajadi juga mudah hadam, tidak membebankan usus kecil dan besar.

Makanan fast food, sebagaimana yang diketahui tinggi garam, lemak trans dan pelbagai perasa tambahan yang memang tidak elok untuk tubuh. Usus juga terpaksa bekerja keras untuk memproses makanan buatan (bukan alami) disebabkankan faktor “makanan buatan itu sendiri”.

 

3) Tidur dan rehat yang cukup

Mengapa perlu rehat dan tidur yang cukup?

Allah jadikan malam untuk kita berehat dan tidur. Sepanjang hari kita gunakan tubuh, otak dan segala organ tubuh, bekerja dengan keras untuk melaksanakan rutin harian. Maka, adillah pada tubuh supaya tubuh ada waktu rehat untuk regenasi sel, juga memulih dan memperbaiki sel.

Tahukan anda, di waktu tidur itulah sel-sel tubuh menjana semula tenaga sel, memperbaiki sel yang rosak dan membina sel baharu.

 

4) Jauhi stress, tenang-tenang selalu

Bagaimana ingin mendapat hidup yang tenang?

Islam mengajar kita, dalam kehidupan harian, perlu ada sabar, perlu ada redha, perlu ada tawakal. Semua itu mengajar kita agar tidak stress.

Jika yang bukan beragama Islam, konsepnya tetap sama, be positif, berfikiran ke hadapan dan sebagainya.

 

5) Penuhi keperluan nutrisi badan

Nutrisi boleh kita perolehi daripada makanan dan juga makanan tambahan atau suplemen. Tubuh kita memang memerlukan nutrisi yang cukup, untuk fungsi badan bekerja dengan optimum.

Katakan, anda kekurangan kalsium. Badan selalu lenguh, letih, bangun pagi daripada tidur masih lesu walau dah tidur selama 8 jam.

Dengan keadaan letih, bagaimana anda boleh perform dengan sempurna aktiviti harian termasuk pekerjaan, urusan rumah tangga, tanggungjawab kepada ibu bapa dan sebagainya.

Dengan keadaan letih begitu, anda memaksa badan bekerja dalam keadaan yang perit. Katakan kereta patut dah tukar minyak hitam, anda tak tukar, perjalanan pun tak lancar, nak pecut pun macam semput, bahkan jika dibiarkan lebih lama, ia bakal merosakkan bahagian enjin yang lain.

Sama seperti tubuh. Kita tak penuhi nutrisi tubuh. Terus menerus paksa tubuh bekerja dan bekerja dalam keadaan letih, penat. Alamatlah tak lama lagi, darah tinggi, penyakit berangkai lain juga bakal menjengah tubuh anda.

Jika anda yakin makanan yang anda amalkan cukup memenuhi keperluan nutrisi tubuh, tidak mengapa. Jika tidak, mengambil makanan tambahan yang berasaskan semulajadi sangat disarankan, terutama bila usia mulai meningkat ke angka 30an dan ke atas.

 

SUPLEMEN SHAKLEE BAGI MENYOKONG TUBUH & AWET MUDA

1) Multivitamin VitaLea

Ia umpama asas kepada nutrisi yang diperlukan tubuh. Diformulasikan khas dengan 28 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan tubuh untuk pembesaran serta pengekalan tubuh yang sihat.

 

2) Anti oksida (Vitamin C & E)

Tubuh kita terdedah kepada radikal bebas, punca utama penuaan. Jangan ingat penuaan hanya penuaan wajah & kulit, ia meliputi semua sel tubuh, organ dan kulit. Badan kita pula terpaksa bekerja keras untuk menyahkan radikal bebas setiap hari akibat pencemaran daripada air, udara, makanan, sinaran uv.

Bagaimana nak bantu tubuh yang bekerja keras ini? Dengan menambah suplemen dan makanan yang kaya dengan anti oksida seperti Vita C Complex dan Vita E Complex Shaklee.

Anti oksida membantu menstabilkan rantaian DNA yang diganggu oleh radikal bebas, seterusnya menyahkan kesan oksidatif yang memenatkan fungsi tubuh.

3) Vivix

Vivix ialah campuran bahan botanikal berpaten daripada Shaklee yang kaya dengan Resveratrol & Polyphenol yang mempunyai 4 mekanisma utama iaitu:

  1. Memperbaiki dan memperbaharui sel
  2. Menjana tenaga buat sel
  3. Melambatkan pengumpulan AGE iaitu yg menyebabkan penuaan sel
  4. Memelihara dan memanjangkan tempoh hayat Telomeres (pelindung DNA) supaya sel tahan lebih lama.

Gabungan Resveratrol & Polyphenol memberi impak maksimum kepada kesan awet muda, bak falsafah Vivix, 25 Years Younger !!

 

Pilihan di tangan anda. Kalau tanya Kak Mas, semua di atas terbaik lebih-lebih lagi VitaLea & Vivix untuk kekal awet muda 🙂

Hubungi:

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

4 comments

Leave a Reply