5 Cara Banyakkan Susu Ibu

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+1Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

​Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Sudah bersarapan? Pagi ini sarapan apa?

Walau apapun sarapan anda, pastikan ia penuh khasiat & sarapan sihat. Ini kerana, sarapan amat penting untuk permulaan hari yang cemerlang!

Hari ini Kak Mas nak kongsikan tentang petua banyakkan susu ibu. Ada sesetengah ibu, sangat beruntung apabila secara semulajadi, susunya banyak. Bagi sesetengah yang lain pula sebaliknya. 

Namun jangan sedih hati, insyaa Allah dengan cara yang betul, susu yang sedikit, semakin lama semakin banyak dan cukup untuk bayi anda.

Cara Banyakkan Susu Ibu

Sekarang Kak Mas nak kongsikan pula cara membanyakkan susu badan. 
Mungkin keberkesanan pada setiap orang berbeza tapi tak salah mencuba hingga kita temui cara mana yang sesuai dengan tubuh kita.

1. Banyakkan minum air

Rules pertama yang Kak Mas tekankan ialah, ibu mesti minum air dengan cukup. Bagaimana badan ingin hasilkan susu yang cukup jika badan sendiri kekurangan air? 

Bagi Kak Mas, Kak Mas pelbagaikan minuman Kak Mas seperti air milo, air coklat, air susu, selain air kosong yang sentiasa berada di sisi katil Kak Mas. Kak Mas sediakan siap-siap air kosong dalam botol sederhana kecil untuk senang Kak Mas bawa ke mana-mana sahaja.


2. Makan Makanan Berkhasiat

Rule nombor dua ialah makan makanan seimbang dan berkhasiat. Ini kerana susu badan diperbuat daripada makanan-makanan yang ibu makan. Jika makanan ibu seimbang dan berkhasiat, tubuh memperoleh nutrisi yang cukup untuk menghasilkan susu. Susu yang diberikan pada bayi juga lengkap dan sempurna.


3. Jauhi Stress dan Tekanan, Jaga Kesihatan

Sangat penting bagi para ibu, menjaga emosi dan kesihatan tubuh. Tekanan atau stress boleh menyebabkan pengeluaran susu merudum. Badan yang sakit, kurang rehat dan letih juga boleh membuatkan penghasilan susu berkurangan dengan drastik. Ini semua sangat tepat dengan diri Kak Mas yang berpengalaman menyusui anak-anak Kak Mas.

Apabila mula bekerja, memang cabaran mengekalkan momentum penyusuan sebab ibu perlu berdisiplin mengepam susu, mengawal tekanan dan pada masa yang sama menjaga kesihatan bagi memastikan supply susu tidak putus dan berkurang.


4. Kerapkan Pump Susu Ibu

Pernah dengar konsep, banyakkan kosongkan kantung susu, lagi banyak dapat susu. Apa konsep ini ya?

Senang, apabila kantung susu dikosongkan, sama ada melalui sesi pengepaman atau direct feed kepada bayi, tubuh dengan semulajadi akan isi semula kantung susu ibu. Maka, dengan kekerapan yang berkala dan berdisiplin, katakan setiap 3 jam, ibu-ibu mengosongkan kantung susu, badan secara semulajadi akan belajar bahawa “setiap 3 jam, kantung susu perlu diisi semula“.

Apabila badan telah mula belajar, dan menghasilkan susu setiap 3 jam, jangan pula ibu-ibu culas, katakan mengosongkan kantung susu lewat atau tidak pump @ menyusui bayi. Nanti tubuh akan re-learn atau belajar semula bahawa “sekarang tidak perlu hasilkan susu setiap 3 jam tetapi x jam“.

5. Milk Booster

Ada banyak pendapat, ada banyak mlik booster di luar sana, cuma kena cari yang sesuai dengan diri kita, dan juga bayi.

Ada sesetengah orang, serasi dengan ibu, susu melimpah ruah, tapi bayi pula tak serasi, kembung perut dan sebagainya.

Bagi Kak Mas, milk booster Kak Mas ialah Ostematrix Shaklee. Bukan sahaja kalsium, ia didatangkan dengan mineral lain seperti magnesium, vitamin D, zink dan lain-lain bagi penyerapan kalsium yang optimum ke badan.

Seterusnya, ESP Shaklee. Dan seterusnya ialah Habbatus Sawda.

Alfalfa, Kak Mas tiada masalah cuma pengalaman dulu, bayi Kak Mas kembung perut. Sehari Kak Mas berani makan 1 biji sahaja. Anak-anak Kak Mas memang banyak allergy sikit, alfalfa kembung, minum horlick kembung, minum sebarang 3in1 jadi berkahak & selsema, jadi setiap orang berbeza. Jadi kena cari sampai jumpa mana yang sesuai dengan ibu-ibu dan bayi anda. Jangan cepat putus asa 💪💪💪

Ada pula kawan Kak Mas, ibu okey, bayi pun okey, sehari 10biji alfalfa kawan Kak Mas makan, sebagaimana yang disyorkan pada botol Alfalfa. Memang meriahlah susu kawan Kak Mas, alhamdullillah.

Tetapi vitamin asas Shaklee iaitu VitaLea, Vita C Plus, Ostematrix, memang Kak Mas konsisten amalkan. Yelah, jika amalkan milk booster tetapi kesihatan kelaut pun, tiada guna.

Yang utama, sebagai recap:

  • minum air cukup, 
  • makan makanan berkhasiat, 
  • rehat dan tidur yang cukup, 
  • jauhi stress, 
  • konsisten pump susu 
  • akhir sekali milk booster, insyaa Allah semua akan baik belaka.

Jangan lupa, susu ibu yang terbaik buat bayi anda terutama buat 6 bulan pertama ya!

Belian secara online, klik pautan berikut: BUY NOW!

Jangan segan silu contact Kak Mas untuk sebarang pertanyaan seperti berikut ye 😎

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+1Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply