Cara Mengurangkan Kekejangan Otot


Ibu Hamil, kejang kaki, sakit lutut, sakit sendi / Wednesday, January 31st, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalammualaikum,

Hari ini Kak Mas nak kongsikan cara untuk melegakan kekejangan otot buat mereka yang selalu terkena kekejangan sama ada lelaki, wanita, para atlet dan sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya.

1. Legakan Kekejangan dengan Regangan

Kebiasaannya kekejangan berlaku di kaki sama ada betis atau peha.

Cuba lakukan regangan dengan meluruskan kaki, dan tolak/bengkokkan jari kaki ke arah badan.

Pada mulanya memang akan berasa lebih sakit tapi kemudian ia akan memberi rasa lega.

2. Urutan Melegakan Kekejangan

Urut perlahan-lahan bahagian yang kejang dengan tapak tangan, lebih baik disertakan dengan minyak panas. Urutan dapat melegakan otot yang mengecut dengan pantas.

Jika urutan tidak berkesan, malah anggota yang kekejangan sakit/bengkak apabila dipegang, bersegera bertemu doktor sebab ditakuti ada darah beku di dalam anggota tersebut yang memerlukan rawatan daripada doktor

3. Minum Air

Badan yang terhidrat yakni kehilangan air boleh menyebabkan kekejangan. Jika bersenam kurang 60 minit, cukup dengan meminum beberapa teguk air.

Jika senaman lebih daripada itu seperti larian jauh, mendaki bukit dan sebagainya, meminum air isotonik lebih baik.

Air isotonik mengandungi glukosa dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana riadah yang panjang bukan sahaja memerlukan air bahkan glukosa dan mineral.

4. Ambil Potassium

Potassium dapat mengelakkan dan melegakan kekejangan. Buah pisang antara makanan yang tinggi potassium. Melainkan anda ada masalah ketidakseimbangan potassium dalam tubuh, ini perlu dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

5. Riadah dengan Konsisten

Mulakan apa jua riadah dengan aktiviti pemanasan otot dan badan supaya otot tidak mengalami kejutan. Dan, beriadahlah dengan konsisten supaya otot lebih berdaya tahan terhadap aktiviti lasak, bukan melakukan riadah berat/lama dengan tiba-tiba. Akhiri riadah dengan senaman cool down juga bagi mengelakkan kekejangan.

6. Pengambilan Suplemen

Berdasarkan pengalaman menjadi pengguna dan pengedar Shaklee sejak 2012, Ostematrix sangat membantu dalam mengatasi masalah kekejangan.

Sebelum melakukan aktiviti lasak atau riadah, makan terus 2-4 biji Ostematrix. Jika berlaku kekejangan ketika atau selepas riadah, juga boleh makan 2-4 biji Ostematrix.

Buat ibu yang hamil yang kerap kekejangan (simpul buaya), sebelum tidur amalkan makan 3-4 biji Ostematrix. Insyaallah, kekejangan tidak akan terjadi.

Hubungi akak untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Ostematrix Shaklee 😊

Semoga riadah kita lebih tenang dan tenteram tanpa gangguan kekejangan!

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *