Darah Nifas Tidak Berhenti

Sharing is CaringShare on Facebook13Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam sejahtera buat semua,

Tempoh mengandung, bersalin dan berpantang ialah tempoh yang paling indah buat wanita yang sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Walau banyak ujian yang melanda sama ada sepanjang tempoh mengandung, bersalin atau berpantang, tatkala melihat wajah si comel, semua kesakitan itu lenyap sekelip mata.

Namun, ada juga wanita yang diuji Allah dengan ujian selepas berpantang, seperti Darah Nifas Tidak Berhenti. Apakah puncanya? Dan bagaimana seorang wanita harus bertindak untuk kesihatan dirinya dan juga kelangsungan ibadahnya serta rutin hariannya.

Jom kita kupas satu-persatu.

 

Darah Nifas

Darah nifas selepas bersalin umumnya boleh dibahagikan kepada tiga fasa. Kebiasaannya keseluruhan darah nifas ini akan keluar dalam tempoh 40 ke 60 hari dalam tempoh berpantang. Tetapi ada juga wanita yang menempuh fasa darah nifas lebih pendek daripada 40 hari, dan ia juga dikira normal. Jika lebih daripada 60 hari maka para ibu perlu beri perhatian.

Fasa 1 : Nifas Rubra (Lochia Rubra)

Darah nifas yang keluar selama kira-kira 3-5 hari selepas bersalin. Ia berwarna merah kehitaman dan pekat kerana kandungan darahnya masih banyak. Adakalanya agak berketul, dan ia dikenali juga sebagai darah bantal.

Fasa 2 : Nifas Serosa (Lochia Serosa)

Darah yang keluar pada tempoh ini berwarna merah jambu ataupun keperangan. Ia mengandungi eksudat (exudate) atau lelehan, erythrocytes iaitu sel darah merah matang, leukosit (leucocytes) dan mukus serviks. Tempoh ini boleh berlangsung sehingga hari ke 10.

Fasa 3 : Nifas Alba (Lochia Alba)

Darah nifas bertukar menjadi keputihan atau kuning cair. Ia keluar pada minggu ke 3 hingga ke 6 selepas kelahiran, iaitu di penghujung tempoh nifas. Darah yang keluar pada waktu ini mengandungi sedikit sel darah merah, selain campuran bahan-bahan lain seperti leukosit (leukocytes), sel-sel epithelium, kolestrol, lemak dan mukus.

 

Darah Nifas Tidak Berhenti

Jika melampaui tempoh 60 hari, tetapi darah nifas masih belum berhenti, para ibu perlu mengambil langkah proaktif memeriksa kesihatan rahim wanita. Jika anda pergi ke klinik terutama klinik pakar, apa yang akan doktor lakukan ialah:

  1. Membuat ultra sound perut (rahim) untuk memeriksa rahim telah mengecut dan memastikan tiada sisa uri tertinggal dalam rahim (retained placenta)
  2. Jika rahim bersih (tiada sisa uri), kemungkinan doktor memberi antibiotik kerana mengesyaki jangkitan kuman  dalam rahim yang menyebabkan pendarahan. Doktor akan meminta ibu datang semula selepas antibiotik habis
  3. Jika ultra sound rahim menunjukkan ada sisa uri (terutama yang melekat pada dinding rahim), doktor akan mencadangkan Dilation & Curettage (D&C) iaitu prosedur yang sama seperti ibu yang keguguran. Alat akan dimasukkan ke dalam rahim ibu untuk membuang sisa uri yang tertinggal atau melekat pada dinding rahim. Selepas 2 minggu, doktor akan meminta ibu datang semula untuk memastikan darah telah berhenti dan rahim telah bersih.
  4. Jika sisa uri tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman, tumpah darah yang lebih teruk selain risiko anemia akibat kehilangan darah berpanjangan.

dilation_and_curettage

 

Keadaan nifas yang tidak berhenti memang merimaskan. Bukan sahaja ibu akan berasa keletihan dan risiko anemia akibat kehilangan darah berpanjangan, emosi terganggu sebab risau, hubungan suami isteri yang terbantut, juga masalah menunaikan solat.

Ketika menunggu rawatan selesai (yakni darah berhenti), para ibu boleh mengamalkan suplemen tersebut untuk membantu pemulihan, tingkat imun sistem serta memberi tenaga.

  • Multivitamin Vitalea – membantu memberi semua nutrisi yang ibu perlukan termasuk membantu ibu yang mempunyai masalah darah cair
  • B Complex – membantu pembentukan sel darah merah yang sempurna bagi mengatasi masalah ibu yang hilang darah
  • Garlic – antibiotik semulajadi bagi mengelakkan rahim dijangkiti kuman dan meningkatkan imun sistem
  • Vitamin C – membantu proses pemulihan akibat luka, tingkatkan imun sistem dan melawan jangkitan kuman.
  • Zink –  membantu pemulihan luka dalaman, bertindak seperti khasiat ikan haruan

Para ibu perlu peka terhadap kesihatan diri serta menjaga kebersihan sepanjang tempoh berpantang, untuk proses berpantang yang lebih bermakna buat ibu dan juga bayi tersayang.

 

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

 

Sharing is CaringShare on Facebook13Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

3 comments

Leave a Reply