FUNGSI KOLAGEN UNTUK KESIHATAN TUBUH


awet muda, kulit cantik, sakit lutut, sakit sendi, sakit tumit / Tuesday, March 27th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Bismillahirrahmanirrahim.

Semua orang pernah dengan tentang kolagen, tetapi kebanyakan orang hanya tahu kolagen untuk kulit cantik sahaja.

Betul? Salah tu, banyak fungsi kolagen untuk seluruh tubuh kita. Kadangkala, tak sangka pun asbab sesuatu sakit tu sebab kurangnya kolagen dalam tubuh.

FUNGSI KOLAGEN UNTUK KESIHATAN TUBUH

Kolagen sinonim dengan kecantikan kulit terutamanya pada wajah. Bagi masyarakat kita, bila sebut kolagen sahaja, hanya untuk kecantikan wajah.

Sebenarnya fungsi kolagen bukan semata-mata untuk cantik malahan banyak fungsi lain yang ramai di kalangan kita tidak tahu.

Fungsi Kolagen

1. Kecantikan kulit, faktor kulit tegang, gebu dan tanpa cela.

Yang ini memang benar. Kanak-kanak dan remaja, mempunyai kolagen tahap optimum pada wajah mereka, sebab itu wajah bayi, kanak-kanak dan remaja, walau tak jaga, walau bermain comot tak ingat dunia, kulit tegang dan flawless sahaja sebab stok kolagen dalam tubuh pada tahap optimum.

Sedang kita orang dewasa, dan yang semakin menua, kenalah jaga pemakanan serta makan makanan yang kaya kolagen, serta bersama vitamin C untuk membantu penghasilan kolagen dalam badan.

2. Meningkatkan kesihatan sendi.

Tubuh kita sememangnya menghasilkan kolagen. Tapi bila usia meningkat, kolagen akan mula berkurangan terutamanya pada kawasan sendi tulang kita. Sebab tu bila usia tua kita selalu rasa sakit lutut terutama bagi wanita.

Jadi, apabila meningkat usia 30-40 digalakkan makan suplemen yang ada kolagen, malah kolagen sendiri bagi membantu masalah sakit lutut, tumit dan seumpama.

3. Kolagen membantu menguatkan akar rambut, dan kesihatan kuku.

Kolagen membantu menguatkan akar rambut daripada dalam dan juga kesihatan kuku, kuku lebih bersih, kilat, tanpa tompok atau rasa kasar.

4. Kolagen membantu memperbaharui sel termasuk sel kulit.

Bagi mereka yang mempunyai masalah parut, bekas parut, jeragat, kolagen membantu memudarkan parut dan jeragat.

5. Kolagen juga membantu menganjalkan aset wanita

Termasuk payu dara, paha dan pinggul.

6. Kolagen juga membantu mengecutkan jerawat dan liang pori.

Bila kulit semakin menganjal, secara tidak langsung, saiz Pori akan mengecil. Tiada lagi lubang pori yang ketara.

Sebenarnya memang banyak kelebihan kolagen. Jika anda konsisten amalkannya pemakanan kolagen dan vitamin C insyaa Allah sihat dapat, cantik pun datang sekali.

Pakej kesihatan dan kecantikan namanya 😊

Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder dan Vita C Plus untuk kesihatan sendi, wajah dan anggota tubuh kita.

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *