Hamil – Fahamkan GDM & Bahaya GDM

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

​Assalamualaikum!

Hari ini nak share penulisan bidan Nor Azniza yang bertugas di DEMC Shah Alam tentang GDM.

Mengapa perlunya checkup berkala dan tak lebih date.

Fahamkan GDM 

Kenapa kena minum air gula?

Gdm ni bukan la mcm penyakit diabetic biasa. Ia lebih kpd tindak balas hormon hamil. Hormon hamil akan tindas hormone insulin, menyebabkan level insulin lambat naik.

Maka result nya gula dlm badan lambat di metabolize kan. Jadi bacaan tinggi bila kita minum air gula yg berkepekatan tinggi.

Manakala org ada penyakit diabetic, ada masalah di organ pancreas. Insulin tak dapat di rembas dgn cukup.

Faham tak akk terang ni?.

Sebab tu minum air gula ni hanya utk ibu hamil  (kebiasaannya, melainkan utk kes2 tertentu yg di diagnose oleh doktor spt  T2DM in asymptomatic)..

Sebab kita nak tangkap (kiasan) ibu hamil yg tdk boleh bertoleransi dgn gula….. bila dpt tangkap baru mak2 ni beringat, dia kena jaga makan, terutama makanan berkarbohidrat dan gula.

Kenapa dah buat mcm2 ujian bsp, hba1ac tapi masih isytihar saya GDM on diet control.?

Kan akak dah kata gdm on diet control ni ialah glucose intolerance aje, kontrol tak jadi masalah, tapi tetap gdm. Jaga makan, kalau tetiba bedal, level gula naik, bahaya kat baby.

Yang kita cek darah tu bukan hari2…..mana kita tau entah bila gula tu nak naik melangit.

Sebab tu tak boleh lebih hari. 

Kenapa tak boleh lebih hari?

Bayi besar bukan masalah utama. Uri akan kurang/menyusut berfungsi pada 38 minggu. Dan selalunya ibu yg ada masalah glucose intolerance ni akan memberi kesan kpd uri . 

Uri mudah expired/ classified/ mati sel2. Kalau dah kurang fungsi senang baby distress, meconium (baby berak dlm )….itu yg kita bimbang.

Ref: Midwife Nor Azniza




Semoga bermanfaat. Ibu-ibu yang sedang hamil, dah disahkan GDM atau ada sejarah GDM, jangan ambil ringan ya.

Ikut nasihat doktor dan datanglah check up dan planning yang dibuat oleh doktor. Untuk kebaikan dan keselamatan anda dan bayi anda juga!

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply