Hamil – Yang Anda Tidak Tahu

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum semua,

Hari ini saja saya ingin kongsikan tentang fakta kehamilan yang ramai  tidak tahu atau tidak sedar.

 

Hamil – Yang Anda Tidak Tahu

 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan 9 bulan oleh seorang wanita:

  1. Tubuh anda menghasilkan 50% lebih darah.
  2. Metabolisme tubuh anda membakar lebih banyak untuk pembahagian sel yang pesat, pembangunan organ.
  3. Anda menggunakan lebih banyak nutrien dan air.
  4. Badan anda masih dalam proses pembuatan plasenta bayi (yang tidak akan lengkap sehingga bulan keempat)

Jadi, dengan perubahan pesat seperti di atas, apakah impaknya kepada tubuh wanita?

 

Kesan kepada tubuh dan tenaga wanita

Adalah sangat penting untuk seorang wanita makan secara sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ini adalah untuk:

  • Menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi dalam perut
  • Mengekalkan tubuh yang sihat dan segar sepanjang tempoh kehamilan
  • Mengurangkan masalah atau komplikasi kehamilan akibat kekurangan nutrisi

pregnancy

 

 

Penambahan berat badan semasa kehamilan

 

Semasa kehamilan, penambahan berat badan adalah sangat perlu. Ini kerana, badan ibu akan bertambah akibat penambahan bendalir seperti air ketuban, darah, juga berat bayi itu sendiri

Penambahan yang biasa ialah antara 10-20kg, namun bergantung kepada berat ibu sebelum hamil. Carta berikut merupakan panduan kasar bilangan KG atau berat badan yang patut ditambah semasa hamil atau mengandung.

weight gain during pregnancy

 

Jadi buat ibu di luar sana, pastikan diet anda mengikuti panduan tersebut. Bagaimana ingin terus mendapatkan nutrisi yang lengkap semasa hamil? Saya akan kongsikan dalam entri seterusnya, insyaa Allah.

healthy prenatal shaklee

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply