HB Rendah lagi semasa Hamil

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum  buat pembaca budiman sekalian,

Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa simptom hb rendah semasa hamil yang mana saya sendiri mengalaminya semasa hamil anak ketiga yang lalu. Masalah saya ketika itu ialah platlet darah saya mengalami keabnormalan yang biasanya disebabkan kurangnya nutrisi penting dalam badan terumata zat besi, folate dan vitamin B12.

 

SIMPTOM HB RENDAH

Antara simptomya seperti berikut:

  • pening/pusing
  • sakit kepala
  • kesejukan di tangan dan kaki
  • pucat kulit dan kuku
  • jantung berdebar-debar tiba-tiba dan sakit dada
  • semput/nafas pendek
  • hendak pitam terutama ketika bangun dari pembaringan atau pergerakan yg cepat antara duduk ke berdiri

 

Mengapa HB Rendah terjadi?

Kebiasaanya ia boleh terjadi atas banyak faktor, antaranya seperti berikut:

  • Mengandung anak kembar
  • Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
  • Banyak muntah akibat morning sickness
  • Mengandung diusia remaja
  • Terlalu sibuk mengakibatkan keletihan melampau
  • Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi
  • Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung
  • Kekurangan nutrisi tertentu terutamanya zat besi (iron), folate dan vitamin B12

HB RENDAH AKIBAT KEKURANGAN NUTRISI

1. HB Rendah akibat Kekurangan Iron – Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Faktor ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil. Kadangkala doktor akan membekalkan pil iron (zat besi) untuk menambah nutrisi iron dalam diet ibu.

2. HB Rendah akibat Kekurangan Asid Folik – Folate ataupun Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir B. Sesetengah suplemen melabelkan asid folik sebagai FOLATE sebab daripada sumber yang semulajadi.

3. HB Rendah akibat Kekurangan Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU PARA IBU YANG ALAMI HB RENDAH

  1. Multivitamin Vita-Lea
  2. Vitamin C
  3. B Complex
  4. MealShake

 

Jom tengok kakak ni yang ada masalah HB Rendah dan naik semula 6 minggu sebelum beliau bersalin.

 

Boleh tempah dengan hubungi saya segera! Hanya yang terbaik untuk anda dan si kecil anda!

 

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 019-2318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Saya bantu anda sebaiknya, insyaa Allah!

 

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply