Hebatnya Vitamin E Untuk Kulit

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum buat pembaca budiman sekalian,

Hari ini saya ingin kongsikan kehebatan vitamin E untuk rahsia kulit muda remaja.

 

Vitamin E – Tahukah Anda?

Vitamin E, bahan yang terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan yang membawa manfaat yang besar bagi sel-sel kulit. Melalui ciri-ciri antioksidannya , vitamin E boleh membantu melawan tanda-tanda penuaan, melindungi dari kerosakan matahari , dan juga sangat berpotensi merendahkan risiko kanser kulit.

Vitamin E – Melawan Radikal Bebas Punca Penuaan

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang berfungsi sebagai antioksidan, melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas merosakkan badan pada tahap sel , punca penuaan. Ini adalah benar yang mana radikal bebas boleh menyebabkan kedutan, garis-garis dan tompok penuaan. Oleh itu , vitamin E boleh membantu melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan.

Radikal Bebas dan Penuaan

Radikal bebas adalah atom yang mempunyai bilangan elektron yang ganjil. Untuk menjadi stabil, mereka mencuri elektron daripada atom lain . Apabila kulit anda terdedah kepada agen luar  seperti sinar UV dari matahari, badan anda akan menghasilkan radikal bebas. Masalah datang apabila radikal bebas mula mencuri elektron dari sel-sel sihat dalam kulit anda. Ini boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sel dan tisu sihat dan menyumbang kepada tanda-tanda penuaan .

Bagaimana Vitamin E Bertindak Melawan Radikal Bebas

Fungsi utama vitamin E ialah untuk memusnahkan radikal bebas yang boleh memberi kesan kepada kulit. Selalunya, vitamin E datang daripada sumber berasaskan makanan. Apabila tubuh menyerap vitamin E dalam makanan, antioksida akan bertindak kepada semua sel-sel, termasuk sel-sel kulit dengan menstabilkan semula elektron yang dicuri oleh radikal bebas. Sebab itu ia dipanggil ANTI-OKSIDA, melindungi kulit daripada terjadinya pengoksidaan.

Vitamin E juga boleh disapu ke permukaan kulit. Seperti minyak, vitamin E juga boleh membantu meningkatkan penghidratan kulit. Beberapa bukti menunjukkan penggunaan vitamin E untuk mempercepatkan pertumbuhan semula sel pada kulit , yang boleh membantu proses penyembuhan untuk parut dan jerawat.

Vita-E Complex™ Shaklee

Perlindungan antioksida untuk kesihatan yang baik

Vitamin E ialah antioksida larut lemak yang berperanan menyokong fungsi imun, bersifat anti-oksida, sangat bagus untuk kulit serta rambut.

Satu kapsul sofgel mengandungi:

  • 400 IU vitamin E daripada sumber semula jadi
  • 65 mg selenium bagi melengkapkan aktiviti vitamin E
  • 39.4 mg Ekstrak Biji Anggur (vitis vinifera)
  • Setiap botol mengandungi 120 kapsul

Hubungi saya sekarang!

  • Puan Masitah (ID: 869624)
  • SMS WhatsApp 019.2318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply