Hidung Berdarah semasa Hamil


Ibu Hamil, Shaklee / Thursday, April 10th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Gejala hidung berdarah semasa hamil agak normal buat ibu-ibu yang mengandung lebih2 lagi jika masuk trimester kedua dan ketiga.

Ini disebabkan oleh hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah anda terbuka lebih luas atau membesar sedikit daripada kebiasaan. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung.

 

Bagaimana nak hentikan pendarahan

  • Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut selama 10 minit
  • Bongkok sedikit ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong.
  • Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
  • Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah dapat membeku.
  • Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu. Ataupun ais yang dibungkus dalam kain lembab. Jika tiada ais, buah2 atau sayur2 yang sejuk yang disimpan dalam peti juga boleh digunakan bagi membantu pembekuan darah

Bagaimana hindar hidung berdarah

  • Menjaga kelembapan dalam hidung dengan elakkan duduk dalam kawasan berhawa dingin atau terlampau panas.
  • Minum air secukupnya bagi menjaga kelembapan hidung
  • Tidak melakukan kerja2 berat
  • Tidak menghembus hidung terlampau kuat
  • Jika hidung terlampau kering, boleh dapatkan ubat titis saline dari farmasi utk dititikkan dalam hidung.
  • Bagi yang resdung, dapatkan nasihat doktor sebelum memakai ubat titik saline.

Bagi wanita hamil yang kerap hidung berdarah, lebih baik dapatkan rawatan atau cek darah dengan doktor bertauliah. Ini kerana hidung berdarah bukan penyakit yang sebenar tetapi adalah simptom penyakit yang lebih besar. Jika pemeriksaan mendapati semua normal, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Walaupun hidung berdarah semasa hamil, ia perkara biasa yang akan hilang selepas anda melahirkan bayi anda 🙂

Ingin menempah Set Kehamilan yang kami cadangkan,

set-hamil-shaklee

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *