Hindar Serangan Jantung Dengan Omega 3

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Peranan asid lemak Omega-3 dalam penyakit kardiovaskular (jantung) telah banyak dibuktikan melalui kajian sains. Salah satu cara yang terbaik untuk membantu mencegah penyakit jantung adalah dengan makan makanan yang rendah lemak tepu dan makan makanan yang kaya dengan lemak monotaktepu dan politaktepu (termasuk asid lemak omega-3).

Bukti klinikal menunjukkan bahawa EPA dan DHA (asid eicosapentaenoic dan asid docosahexaenoic, 2 asid lemak omega-3 yang ditemui dalam minyak ikan) membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, termasuk kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

 

Hindar Serangan Jantung Dengan Omega 3

serangan jantung

Asid lemak Omega-3 telah terbukti untuk menurunkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) ke tahap yang lebih rendah dan mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, strok, dan rentak (ritma) jantung yang tidak normal pada orang yang mempunyai sejarah serangan jantung.

Asid lemak Omega-3 juga membantu mencegah dan merawat atherosclerosis (pengerasan arteri) dengan memperlahankan pembinaan plak dan darah beku (blood clot), yang boleh menyumbat arteri.

LDL

Kajian secara besar-besaran juga membuktikan bahawa memakan asid lemak omega-3 dalam diet, terutamanya daripada ikan, membantu melindungi daripada serangan strok yang disebabkan oleh pembentukan plak dan darah beku di dalam arteri yang membawa blockage kepada otak.

 

Amaran Pengambilan Asid Lemak Omega-3

Walau bagaimanapun, dos Omega-3 yang terlampau tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan bagi orang-orang tertentu teruatama mereka yang mengalami masalah darah cair atau mereka yang mengambil ubat mencairkan darah. Mereka perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu bagi menentukan dos yang sesuai dengan mereka.

Orang yang makan lebih daripada 3 gram (3g) asid lemak omega-3 sehari mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk hemorrhagic stroke, sejenis stroke yang boleh membawa maut di mana arteri di dalam otak mengalami kebocoran atau pecah.

 

Ilmu itu penerang kegelapan 🙂

Dapatkan Omega Guard, minyak ikan yang kaya dengan EPA & DHA serta menepati bertaraf pharmaceutical gred, bukti ia selamat dari bahan kimia berbahaya termasuk merkuri, kadmium dan lead.

omega-guard-farmaseutikal

Hubungi saya,

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply