I am a SuperMom

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

I am SuperMom?

Rasanya hampir semua ibu Supermom.

Hakikatnya begitulah. Feeling yang hampir sama buat ibu-ibu di luar sana .

I am SuperMom

Kain baju berkepuk, walau dah lipat berkepuk kembali.

Habuk di lantai buat tak nampak walau dah sapu entah berapa kali.

Mainan bersepah-sepah walau dah kemas berhitung kali.

Nada suaraku, oktaf yang bertingkat-tingkat walau senyumku umpama bidadari.

Pagiku umpama “race start” mengejar masa, menyiapkan anak, menempuh jam, menghadap kerja pejabat sehari-hari.

Tidur malamku “lena” dibuai rengekan anak-anak kecil, anak-anak syurgaku yang amat aku sayangi.

Wajahku, hiasanku, ku kira pada tahap minimal tapi optimal, cukuplah anggun seadanya, layaknya seorang ibu.

Pabila rakan taulan bertanya, mengapa semakin slim?

Aku terpana. Adakah mereka tidak mengerti?

You expect too much.

Setiap kita memang tak mungkin mengerti setiap battle yg orang lain hadapi. Setiap hari.

Adakah aku bahagia?

Hidupku jauh daripada kesempurnaan definisi manusia, namun ku kira, itulah kebahagiaan.

Love unconditionally.

#diariemak

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply