Jantung sihat – Tips Menjaga Jantung

Sharing is CaringShare on Facebook13Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan.

 

Fungsi Jantung

Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

 

Jantung Tidak Sihat

Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit atau tersumbat. Penyempitan ini boleh berlaku akibat dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, termasuklah salur darah  menjadi tebal dan keras akibat tekanan darah tinggi.

kolesterol dalam arteri

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat.

 

Tanda Sakit Jantung

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah:

  • berasa sesak nafas
  • leher seperti tercekik
  • berdebar-debar
  • letih lesu, rasa ingin tidur
  • berpeluh dingin
  • rasa hendak pitam atau pengsan.

 

Faktor Mempengaruhi Kesihatan Jantung

1) Merokok

Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di antara kesan asap rokok ialah:

  1. pembekuan darah
  2. pemendapan lemak dan kolestrol di dinding saluran darah
  3. mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

2) Tekanan Darah Tinggi

Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.

Kesan daripada saluran darah menjadi lebih tebal juga akan mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk menghidap diabetes. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan serangan sakit jantung.

3) Tekanan perasaan

Juga boleh mengakibatkan anda mengalami degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung.

4) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan

Meninggikan risiko penyempitan saluran darah akibat mendapan lemak dan kolestrol dalam arteri. Ini akan meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.

5) Kurang bersenam

Kurang bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung.

 

Tips Menjaga Jantung Sihat

Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung dengan cara:

  • Mengamalkan cara hidup yang sihat dengan bersenam, jauhkan rokok dan alkohol
  • Kawal pemakanan
  • Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak
  • Elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin
  • Tambahkan serat dalam pemakanan seperti bijirin, buah dan sayuran
  • Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan unggul

 

Tips menjaga Jantung Melalui Pemakanan Suplemen

Shaklee menawarkan rangkaian produk yang membantu memastikan kesihatan jantung yang terdiri daripada:

  1. Phytocol_ST
  2. CoQHealth Plus
  3. Omega Guard
  4. Garlic Complex

 

1) Phytocol_ST

phytocol_st

Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

  • Bertindak secara semula jadi untuk merendahkan kolesterol
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL (kolestrol jahat) secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Paras kolesterol yang tinggi merupakan salah satu faktor utama serangan jantung. Cara terbaik merendahkan risiko serangan jantung ialah merendah kolestrol LDL (kolesterol jahat).

Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil Sterol dan Stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara.

Fitosterol-Berkesan-Menyerap-Kolestrol

Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol semasa penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.

 

 

2) CoQHealth Plus

coqhealth

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran yang mengandungi

  • 28mg CoQ10 dengan VitaminE dan ekstrak Teh Hijau
  • Didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya
  • Bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

*Tidak sesuai di ambil oleh individu yang mengalami tekanan darah tinggi. Perlu mendapat nasihat doktor bertauliah terlebih dahulu.

3) Omega Guard

omega guard

Shaklee OmegaGuardmerupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Asid lemak Omega-3 telah terbukti untuk menurunkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) ke tahap yang lebih rendah dan mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, strok, dan rentak (ritma) jantung yang tidak normal pada orang yang mempunyai sejarah serangan jantung.

Asid lemak Omega-3 juga membantu mencegah dan merawat atherosclerosis (pengerasan arteri) dengan memperlahankan pembinaan plak dan darah beku (blood clot), yang boleh menyumbat arteri.

Omega Guard Shaklee minyak ikan yang kaya dengan EPA & DHA serta menepati taraf pharmaceutical gred, terbukti ia selamat dari bahan kimia berbahaya termasuk merkuri, kadmium dan lead.

 

omega-guard-farmaseutikal

 

 

4) Garlic Complex

garlic complex

Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus, dicincang atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk

  • melegakan batuk dan selsema
  • meningkatkan sistem imun
  • menggalakkan penghasilan darah putih bagi melawan penyakit
  • membantu peredaran darah yang baik.

Allicin yang bersifat anti-oksida membantu mencegah pengoksidaan kolesterol pada dinding arteri yang menyebabkan mendakan lemak dan kolesterol pada dinding arteri. Sebab itu, bawang putih dikenali juga sebagai agen mencuci darah dan arteri.

 

Jaga jantung anda, untuk hidup lebih bermakna!

jantung sihat

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya,

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook13Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

One comment

Leave a Reply