Jiwa Tenang – Amalan Para Solihin


Teladan / Wednesday, May 21st, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Jiwa berserabut? Hidup tak tenang? Pelik orang lain sibuk jugak, tidak lah kaya benar tapi jiwanya tenang, wajahnya umpama bercahaya, tutur katanya lembut serta sopan berbudi bahasa. Apa amalan rahsia mereka?

 

Jiwa Tenang – Amalan Para Solihin

Petua Jiwa Tenang

 

 

 1) Amalan tahajud yang istiqamah

“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Tahajud

 

2) Membiasakan membaca al-Quran serta ma’thurat sebelum terbit fajar

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)

 

3) Menjaga kesempurnaan solat (termasuk solat awal waktu dan semua rukun solat)

“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)

 

4) Istiqamah Solat Dhuha

“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)

 

5) Amalan bersedekah setiap hari

“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)

 

6) Menjaga Wudhu sepanjang masa

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”

Saidina Umar Al-Khattab RA: “Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

 

7) Amalan beristighfar

istighfar

Istighfar menghapuskan dosa-dosa kecil. “Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)

Rasullullah saw bersabda, “Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)

 

8) Membetulkan niat dan ikhlas, semua hanya utk Allah Taala

“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim: “Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

9) Berfikiran positif, bersangka baik serta sentiasa mensyukuri nikmat Allah

Apa yang manusia fikirkan, itu akan lahir sebagai perbuatan dan akhlak. Akhlak mukmin cerminan hati mukmin tersebut. Bersihkan hati, bersihkan jiwa, akan terpancar ketenangan tanpa dipinta.

 

think-positive

 

Marilah kita sama2 menjadi insan yang lebih BERJIWA TENANG dengan mendekatkan diri dengan ALLAH, Maha Pencipta. Amin.

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *