Keguguran – Tanda Jangkitan Kuman


keguguran / Saturday, May 24th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Selepas menerima diagnosis pada trimester pertama yang memaklumkan bahawa wanita itu telah keguguran, wanita boleh memilih antara keguguran semulajadi atau prosedur D & C. Beberapa doktor juga menawarkan pengurusan perubatan melalui ubat-ubatan preskripsi yang akan mempercepatkan proses keguguran.

 

Tanda Jangkitan Kuman

Tidak kira apa pilihan wanita, kira-kira 3% wanita akan mendapat jangkitan selepas keguguran, kadang-kadang disebabkan oleh tisu terkumpul dalam rahim atau baki tisu yang tidak habis keluar semasa keguguran semulajadi. Jika wanita mempunyai mana-mana gejala berikut, anda perlu menghubungi doktor anda dengan segera. Jangkitan rahim boleh membahayakan jika tidak dirawat dengan segera.

  •     pendarahan berpanjangan
  •     kekejangan perut (lebih lama daripada kira-kira 2 minggu)
  •     demam kuat
  •     seram sejuk
  •     keputihan yang berbau

Anda juga boleh mengurangkan risiko jangkitan dengan mengelakkan hubungan seks kira-kira 1-2 minggu selepas keguguran, douching, berenang dalam kolam renang, dan penggunaan tampon untuk jumlah masa yang disyorkan oleh doktor anda.

sumber

Pantang Larang Selepas Keguguran

Selain seperti yang di atas, mengikut orang Melayu dan kebanyakan bangsa Malaysia. Wanita perlu berpantang sekurang2nya 2 minggu atau sebulan seperti orang berpantang selepas bersalin. Ini kerana kondisi tubuh yang masih lemah, rahim yang masih lemah, emosi yang masih tidak stabil serta badan perlukan proses pemulihan.

Antaranya:

  • Elak angkat beban berat
  • Elak makan minuman sejuk seperti ais
  • Elak makan makanan/sayuran/buah sejuk seperti buah tembikai, sayur kobis
  • Elak makan makanan berangin seperti buah pisang, sayur labu dan pucuk ubi
  • Elak makanan pedas
  • Makan makanan yang boleh panaskan badan seperti madu dan habbatus sauda
  • Dapatkan rehat cukup utk pemulihan
  • Pakai minyak panas pada kaki dan stokin
  • Makan suplemen untuk bantu tubuh pulih
  • Dapatkan sokongan ahli keluarga terutama suami

 

Suplemen untuk Pemulihan selepas Keguguran

Selepas keguguran sama ada secara semulajadi dan terutamanya selepas prosedur D&C, kebiasaan wanita akan mengalami pening, loya dan muntah. Ini kerana akibat anestasia dan juga akibat kehilangan darah semasa prosedur tersebut dan juga keguguran (jika secara semulajadi). Suplemen yang dicadangkan adalah seperti Set Kesihatan Optimum iaitu:

  • Multivitamin Vitalea – yang membekalkan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan badan untuk pemulihan
  • B Complex – yang membantu penghasilan darah merah (homoglobin) serta membantu tukar tenaga kepada gula dan proses pemulihan lain, serta membantu menstabilkan emosi
  • Vita-C 500mg – bantu pemulihan, pulih luka dalaman dan meningkatkan imun sistem bagi elak jangkitan kuman

Tambahan Zinc Complex jika wanita tersebut mengalami luka dalamam seperti luka pada dinding rahim. Zink membantu mempercepat pembaikan luka, sama ada dalaman atau luaran. Zink juga merupakan salah satu komponen wajib dalam Set Berpantang.

Sokongan ahli keluarga amat penting sama ada secara fizikal dan mental. Usah kecewa, Allah mengatur yang lebih baik buat wanita tanpa pengetahuannya.

 

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya :

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *