Kelebihan Bulan Rejab

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Tak lama lagi nak masuk bulan Rejab kan? Banyak kelebihan membuat amal di bulan Rejab ini. Hari ini Kak Mas nak kongsikan dengan anda semua kelebihan bulan Rejab.

🌙REJAB

Rejab dikenali sebagai BULAN ALLAH.

🌟Puasa 1 hari – mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.

🌟Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan daripada Allah.

🌟Puasa 3 hari – diselamatkan oleh Allah daripada bahaya  dunia, seksa akhirat, penyakit gila serta fitnah syaitan dan dajal.

🌟Puasa 7 hari – ditutup 7 pintu neraka.

🌟Puasa 8 hari – dibuka 8 pintu syurga.

🌟Puasa 10 hari – Allah akan makbulkan permintaannya.

🌟Puasa 15 hari – Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.

🌟Tambahan puasa – menambahkan pahalanya.

🌟Membaca surah Al Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

🌟 Membaca Al Quran.

🌟Membanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti di bawah:

🌸1-30hb Rejab – 70 kali (subuh / asar)
🌼Allahummaghfirli warhamni watub alaiya.

    🌸1-10hb Rejab – 100 kali 
    🌼Subhanallah hil hayyil qoyyum.

      🌸11- 20hb Rejab – 100 kali
      🌼Subhanallah hil ahadith somad.

        🌸11- 20hb Rejab – 100 kali
        🌼Subhanallah hirro uff

          🌸27hb Rejab Isra’ Mi’raj 
          🌼Digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

            Dipetik dari buku ‘ Indahnya Hidup Bersyariat‘ oleh Dato’ Ismail Kamus.

            Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus mengumpul pahala di bulan Rejab.

            Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

            Leave a Reply