Kenali dan Cegah HFMD


Anak Bijak, HFMD, kanak-kanak, Sistem Imun, Suplemen Kanak-kanak / Wednesday, August 1st, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum,

Semoga semua sihat belaka. Hari ini Kak Mas nak kongsikan sedikit tentang HFMD yang sedang tular sekarang ini.

Apa itu Penyakit HFMD

Penyakit HFMD iaitu Hand, Foot, Mouth Disease adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki malah di bahagian peha dan kemaluan kanak-kanak juga.

HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Cegah HFMD

Secara mudahnya, penjagaan kebersihan diri ialah cara terbaik mencegah berjangkitnya HFMD.

Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

Buat masa ini, yang terbaik ialah menjauhi tempat-tempat awam yang boleh menjadi tempat penyebaran virus HFMD.

Nyahkuman permainan, barang-barang yang selalu dipakai termasuk taska dan sekolah.

Jauhi tempat awam

Pada masa yang sama, jika boleh jauhi tempat mainan awam atau tempat-tempat awam atau ramai ofang yang boleh menjadi tempat sebaran virus HFMD.

Ini termasuk perkakas di tempat awam seperti trolley, kerusi kanak-kanak, permainan kanak-kanak dan seumpamanya.

Semoga dengan mengambil langkah produktif ini, kita dapat menjaga anak-anak dan ahli keluarga kita daripada terkena HFMD. Insyaallah.

Tingkatkan Imun Sistem Anak-anak

Saya sangat mengesyorkan para ibu bapa mengambil tindakan proaktif dalam membantu meningkatkan imun sistem anak-anak.

Shaklee menawarkan Omega Guard & VitaLea for Children dalam membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak.

Untuk tempahan, boleh Kak Mas whatsApp seperti berikut:

http://vitaminpilihanibu.wasap.my

http://vitaminpilihanibu.wasap.my

http://vitaminpilihanibu.wasap.my

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *