Kenali Kolesterol Baik dan Kolestrol Jahat


kolestrol tinggi / Wednesday, June 11th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook10Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Adakah anda salah seorang dari 6 juta rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kolesterol tinggi?

Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi dalam darah. Masalah kolesterol tinggi boleh menyumbang masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi tanpa mengira jantina dan usia.

Yang lebih membimbangkan, ramai warga Malaysia tidak tahu bahawa mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi hinggalah terlalu lewat. Kolesterol hanya boleh ditentukan melalui ujian darah di makmalm klinik atau hospital.

 

Apa itu Kolesterol

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan semua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu lain dalam tubuh badan manusia.

 

Dua Sumber Utama Kolesterol

hadang-kolesterol-jahat-dengan-phytosterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati. Kolesterol juga diperlolehi dari makanan harian kita. Kolesterol yang diperolehi daripada makanan seharian menambahkan kadar kolesterol dalam darah. Kandungan kolesterol yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko serangan strok (angin ahmar) dan risiko penyakit jantung.

 

Bagaimana Kolesterol Menyebabkan Penyakit Jantung

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah iaitu:

  • LDL – Lipoprotein ketumpatan rendah (kolesterol jahat)
  • HDL – Lipoprotein ketumpatan tinggi (kolesterol baik)

 

Kolesterol Jahat

LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras LDL yang tinggi menyebabkan pembentukan plak lemak dalam salur darah kita. Plak ini akan menyempitkan salur darah malah lebih teruk menyumbatkan salur darah dan meyekat aliran darah, maka serangan jantung atau strok pun terjadi.

  • LDL tinggi >> menyebabkan pembentukan plak dalam salur darah
  • Ini akan menyempitkan salur darah >> menyumbatkan salur darah >> seterusnya meyekat aliran darah
  • Maka serangan jantung atau strok pun terjadi.

 

Kolesterol Baik

HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana HDL membantu mengangkut kolesterol dalam darah kembali semula ke hati untuk disingkirkan. Dalam ayat lain, HDL membantu membersihkan kolesterol dalam saluran darah.

kolesterol

 

Maka untuk melindungi diri anda daripada sakit jantung dan yang berkaitan dengannya, maka perluanya:

  • Mengekalkan paras HDL yang tinggi dalam darah
  • Menurunkan  paras LDL dalam darah

 

Rendahkan Kolesterol Secara Semulajadi

  • Amalkan pemakanana seimbang
  • Diet yang rendah lemak tepu dan lemak trans
  • Diet yang tinggi serat spt sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
  • Bersenam lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mencadangkan pengambilan FITOSTEROL ke dalam diet harian bagi menurunkan kolesterol secara semulajadi.

banner-phyto5

Sharing is CaringShare on Facebook10Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

One Reply to “Kenali Kolesterol Baik dan Kolestrol Jahat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *