Kenali Susu Ibu

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Hari ini Kak Mas nak berkongsi maklumat dengan sahabat sekalian tentang susu ibu. 

Mengapa susu ibu adakala pekat dan adakala cair. Nak tahu sebabnya? Meh Kak Mas terangkan.
Kenali Susu Ibu Foremilk dan Hindmilk

Buat pengetahuan sahabat sekalian, susu ibu terdiri dari dua lapisan iaitu

  • Fore milk
  • Hind milk

Kalau dulu, orang tua-tua kata, payudara kiri susu cair itu air, payudara kanan susu pekat itu nasi. Betul ke kepercayaan ini?

Sebenarnya,  setiap satu sesi penyusuan susu ibu yang baik adalah dalam lingkungan masa 5-10 minit. Mengapa ye?

Ini kerana, kandungan laktosa adalah KONSISTEN sama ada pada payudara kiri atau kanan, sama ada sesi penyusuan di awal waktu atau kemudian. Tetapi yang membezakanya adalah kandungan lemak (iaitu fat).

Bagi yang biasa memerah susu ibu untuk dibuat stok, sahabat sekalian pasti perasan, jika susu ibu disimpan beberapa ketika dalam peti sejuk (1-2 jam), akan ada lapisan lemak kekuningan yang terapung pada bahagian atas susu ibu. Itulah lemak @ fat dalam susu ibu.

  • 5-8 minit yang pertama adalah fore milk kerana kurang lemak.
  • 8-10 minit kemudian adalah hind milk yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Maka, jika hanya fore milk sahaja dikeluarkan, hind milk akan terkumpul di payudara. Itulah punca yang menyebabkan payudara ibu menjadi bengkak, tersumbat dan seterusnya boleh menyebabkan jangkitan kuman atau masitis.

Jika bayi mengalami berat badan yang berkurangan atau kurang memuaskan, ibu perlu menyemak semula masa setiap sesi penyusuan yang berlangsung.

Ini kerana anak tidak mendapat lemak yang sepatutnya daripada hind milk.
Janganlah para ibu sekalian, baru anak mula menghisap payudara, dalam masa yang singkat ibu menukar pula ke payudara sebelah lagi. Tunggu sehingga sekurangnya 15 minit agar bayi anda mendapat susu yang kaya lemak iaitu hind milk untuk penambahan berat badan yang seimbang.

Insyaa Allah, bayi akan cukup zat, cukup berat dan membesar dengan cemerlang!!


Milk Booster dengan Vitamin Shaklee


Ada ke milk booster Shaklee. Eh, memang ada, ada beberapa pilihan yang sesuai ikut keperluan badan seseorang.

1. Ostematrix

Ostematrix atau sesetengahnya panggil pil kalsium, berkesan sebagai milk booster. Ia membantu penghasilan susu kerana susu kan diperbuat daripada campuran kalsium badan ibu.

Malah ada sesetengah kes, ibu-ibu yang kurang ambil kalsium sepanjang tempoh penyusuan, mengalami gigi rapuh sebab kalsium tidak diambil dengan cukup semasa penyusuan, maka kalsium pada badan ibu yang diambil sama ada daripada gigi dan tulang.

Ostematrix Shaklee diperkaya dengan mineral lain seperti magnesium, vitamin D, boron dan lain-lain untuk penyerapan kalsium yang optimum ke badan.


2. Alfalfa

Raja segala tumbuhan, Alfalfa juga dikenali sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu ibu.

Alfalfa (Medicago sativa) adalah tumbuhan yang sama dari keluarga pea dan merupakan salah satu tanaman yang tertua yang ditanam dalam sejarah, seawal zaman awal Rom, Yunani, dan budaya Cina.

Alfalfa telah digunakan sebagai makanan dan herba perubatan selama berabad-abad lamanya dalam merawat masalah penghadaman, arthritis dan masalah buah pinggang.

Alfalfa mempunyai sejarah yang panjang dalam kesihatan wanita. Ia telah digunakan oleh ibu-ibu yang menyusui bayi mereka selama bertahun-tahun untuk membantu pengeluaran susu ibu. Apabila diambil secara sederhana, alfalfa dianggap selamat dan berkhasiat.

Jika anda memilih untuk menambah alfalfa dalam diet anda semasa mengandung, ia perlu dihentikan beberapa minggu sebelum kelahiran bayi anda untuk membantu mencegah bekalan susu ibu yg melimpah-limpah.




3. Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Lebih dikenali sebagai ESP Shaklee, ia merupakan serbuk protein soya yang diproses daripada non-GMO soya (non genetically modified organism), yang ditanam dan diproses secara semulajadi. Soya-soya ini ditanam dibawah program IPP yang mana soya  dipantau daripada penanaman sehingga pemprosesan bagi memastikan soya yang digunakan benar-benar asli, semulajadi, bersih dan selamat.

ESP Shaklee banyak membantu pengeluaran susu ibu yang lebih pekat dan mengenyangkan bayi. 

ESP Shaklee terdiri daripada non-GMO protein soya, lengkap dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, pengambilan sesajian ESP Shaklee memenuhi separuh daripada keperluan kalsium tubuh.

Inginkan resepi lazat menggunakan ESP Shaklee? Rujuk sini: Resepi Lazat ESP

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian daripada Kak Mas. Berminat dengan milk booster Shaklee?

Belian secara online, klik pautan berikut: BUY NOW!

Jangan segan silu contact Kak Mas untuk sebarang pertanyaan seperti berikut ye 😎

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply