Kepentingan Protein Kepada Wanita


amalan sihat, diet sihat, ESP Shaklee / Friday, April 6th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Bismillahirrahmanirrahim.

Kak Mas nak kongsikan mengapa protein sangat penting bagi wanita khususnya, dan orang dewasa umum nya.

Kepentingan Protein

Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak.

Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tingg.

Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu dan terdapat juga berasaskan tumbuhan seperti kekacang seperti soya.

Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan.

10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita

Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

1. Membantu mengekalkan berat badan ideal

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.

2. Membantu mengawal rasa lapar

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3. Membuat anda berasa kenyang lebih lama

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

4. Protein membantu membakar lebih banyak Kalori

Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5.Protein penting untuk Penjagaan Tulang

Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

6. Membantu melawan Penuaan

Melalui proses penuaan, seseorang akan kehilangan jisim otot. Untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein di samping senaman yang teratur amat penting.

7. Melindungi dari Stress

Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

 

8. Protein Penting untuk Kulit

Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda.

 

9. Protein Penting untuk Rambut

Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.

 

10. Makan tanpa rasa bersalah kerana Protein Berkhasiat dan Lazat

Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan, daging dan sebagainya.

 

Shaklee Menyediakan Protein Berasaskan Tumbuhan

Shaklee mensarankan pengambilan ESP Shaklee sebagai sumber protein yang berkhasiat. Bukan sahaja non-GMO, malah sangat tulen dan diproses dibawah kawalan IPP yang mana tiada hormon, antibiotik, penggalak tumbuhan, racun serangga kimia, baja kimia yang digunakan, dibasuh dengan air dan bukan alkohol bagi menjaga ketulenan serbuk protein soya yang dihasilkan.

Kelebihan ESP Shaklee termasuk:

  • Non-GMO
  • Tinggi kalsium
  • Zero kolesterol
  • Rendah lemak
  • Lengkap  dengan 9 asid amino penting yang tidak dapat dibuat oleh tubuh
  • Membekalkan tenaga lebih lama
  • Rasa kenyang lebih lama
  • Membantu masalah pedih ulu hati dan gastrik
  • Rambut tidak gugur
  • Kuku tidak rapuh 
  • Berkesan sebagai ganti makanan untuk mereka yang sedang diet
  • Berkhasiat sebagai sarapan ringkas penuh khasiat

 

Dapatkan ESP anda hari ini juga.

Belian secara online, klik DISINI.

 

Atau boleh WhatsApp Kak Mas seperti berikut:

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *