Kepentingan Zink untuk Kesihatan – Ramai Orang Tidak Peduli

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Zink merupakan elemen utama yang penting untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia adalah penting untuk pelbagai fungsi biologi dan memainkan peranan yang penting dalam lebih daripada 300 enzim dalam tubuh manusia.

Zink terdapat dalam semua bahagian badan spt dalam organ-organ, tisu, tulang, cecair dan sel-sel. Kepekatan zink tinggi terutamanya dalam kelenjar prostat dan air mani.

 

Kepentingan Zink untuk Kesihatan

Women-Hair-loss

 

Kepentingan Zink – untuk pertumbuhan dan pembahagian sel

Zink penting terutamanya semasa mengandung, untuk janin yang semakin membesar dan sel-sel yang membahagi dengan cepat. Zink membantu untuk mengelakkan kecacatan sejak lahir dan memastikan kelahiran matang (cukup tempoh). Zink adalah penting dalam mengaktifkan pertumbuhan janin spt ketinggian, berat dan perkembangan tulang – pada bayi, kanak-kanak dan remaja.

Kepentingan Zink – untuk kesuburan

Zink memainkan peranan yang penting dalam kesuburan. Bagi lelaki, zink melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (Prostat) dan juga pembesaran (hipertropi prostatik). Zink membantu mengekalkan jumlah sperma dan mobility (kecergasan/pergerakan sperma) dan mengekalkan tahap normal testosteron serum.

Bagi wanita, zink boleh membantu merawat masalah haid dan mengurangkan gejala-gejala yang dikaitkan dengan sindrom prahaid (PMS).

 

Kepentingan Zink – untuk sistem imun

Antara semua vitamin dan mineral, zink menunjukkan kesan yang kuat pada sistem imun. Zink memainkan peranan yang unik dalam pembinaan T-sel. Tahap zink rendah membawa kepada kekurangan dan kelemahan T-sel yang mengakibatkan T-sel tidak dapat mengenali dan melawan jangkitan tertentu. Peningkatan tahap zink telah terbukti berkesan dalam memerangi radang paru-paru dan cirit-birit dan jangkitan lain. Zink juga dapat mengurangkan tempoh selsema dan tahap selsema kronik.

 

Kepentingan Zink – untuk deria rasa, bau dan selera makan

Zink mengaktifkan kawasan otak yang menerima dan memproses maklumat dari saraf rasa dan bau. Tahap zink dalam plasma terhadap nutrient yang lain, seperti tembaga dan mangan, mempengaruhi citarasa dan selera makan. Zink juga digunakan dalam rawatan anoreksia.

Bagi ibu-ibu yang hamil yang mengidam, ianya juga dikaitkan dengan kekurangan zink dalam badan.

 

Kepentingan Zink – untuk kulit, rambut dan kuku

Zink mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. Krim zink digunakan untuk bayi untuk melegakan ruam lampin dan untuk menyembuhkan luka dan kecederaan. Zink juga telah terbukti berkesan dalam merawat jerawat terutamanya remaja, dan zink telah dilaporkan mempunyai kesan positif ke atas psoriasis dan neurodermitis.

Zink juga digunakan sebagai agen anti-radang dan boleh membantu melegakan tisu kulit, terutamanya dalam kes-kes keracunan, terik matahari, lepuh dan penyakit gusi tertentu.

Zink adalah penting untuk rambut yang sihat. Tahap zink yang tidak mencukupi boleh menyebabkan keguguran rambut, rambut yang nipis dan dull dan kes uban di usia muda. Terdapat juga beberapa syampu yang mengandungi zink untuk membantu mencegah kelemumur.

 

Kepentingan Zink – untuk penglihatan

Zink dengan kepekatan yang tinggi terdapat dalam retina. Dengan meningkat usia, kemerosotan zink dalam retina memainkan peranan dalam masalah yang berkaitan dengan AMD (age-related macular degeneration) yang membawa kepada kehilangan separa atau seluruh penglihatan. Zink juga boleh melindungi dari rabun malam dan mencegah perkembangan katarak.

 

Siapa yang memerlukan zink?

Setiap orang memerlukan zink. Kanak-kanak memerlukan zink untuk membesar, orang dewasa memerlukan zink untuk kesihatan. Bayi yang sedang membesar, kanak-kanak dan remaja, wanita hamil dan ibu-ibu menyusu, atlet, vegetarian dan orang tua sering memerlukan lebih zink.

 

Zinc Complex Shaklee – Bantu anda mendapat Zink yang diperlukan tubuh

Zinc Complex

 

Ingin tahu lebih lanjut? Jangan segan silu untuk hubungi saya :)

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook3Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply