Kes Buli Bermula Daripada Rumah

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini Kak Mas kongsikan sedikit perkongsian oleh Pengetua Genius Aulad dari dunia pendidikan awal kanak-kanak berkaitan kes buli yg semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

KES BULI BERPUNCA DARIPADA RUMAH

1. Telefon atau whatsapp cikgu depan anak. Marah-marah cikgu. Bela anak keterlaluan tanpa dengar kata semua pihak. Anak dengar. Anak lihat. Ini buli cikgu. Kita tak sedar.

2. Marah-marah maki hamun dalam kereta sebab ada orang nak potong line. Kita lagi sanggup ‘tak nak menyerah kalah’. Berjuang hingga ke titis darah yang terakhir, tak mahu bagi orang potong line sambil mulut maki hamun. Anak lihat anak dengar mak ayah maki hamun dan tak bagi laluan. Ini buli atas jalan. Kita tak sedar.

3. Kita pergi kedai makan. Dapat makanan lambat. Atau dapat makanan salah. Maki hamun pekerja. Cakap depan anak. Anak lihat anak dengar. Mak ayah langsung tak ada empati. Bangun tinggal kedai makan sambil promote ke anak jangan datang kedai tu lagi. Anak belajar – oh begini rupanya.

4. Kita ada urusan di telefon atau di kaunter. Tak puas hati. Marah-marah depan anak. Anak lihat anak dengar. Kita tetap mahu puaskan hati, viral di fB dan whatsapp. Burukkan orang kaunter dan yang terima panggilan. Yang tak tahu hujung pangkal makin api-api kan. Anak lihat anak dengar. Oh nanti ikut macam ini kalau ada masalah.

5. Anak dapat markah rendah. Kita boikot dia. Kita rendahkan dia. Sikit pun tiada yang betul di mata kita. Maka kita mula tidak adil. Kita buli dia dalam tidak sedar. Rasakan! Siapa suruh malas belajar. Ini buli tanpa sedar. Kita tak dekati dia. Kita tak tahu apa yang dia hadapi.

6. Anak kita menangis. Sebab gaduh adik beradik. Kita marah. Kita paksa dia diam. Kita kata anak orang lain tak menangis pun. Anak orang lain tak gaduh pun. Kita tak tanya sebab apa. Kita tak tahu punca. Kita tak cuba dekati. Yang paling teruk bila kita kata pada anak kita – nanti mak marah dia. Nanti mak cubit dia sebab buat Nana. Oh macam tu ye cara nak selesaikan masalah? Buat balik orang tu ye. Oh macam tu.

Sedar ke tidak kita ni?
Semuanya bermula dari rumah.

Semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa. Saya ingatkan diri kita sendiri. Supaya kita jadi contoh tauladan baik kepada anak-anak.

Bila anak sudah besar, dia jadikan apa yang dia dengar dan lihat. Dia tak pernah lihat kasih sayang di hadapan matanya.Dia tak pernah dengar ucapan terima kasih dan maaf.

Dia hanya disaji dengan sifat ego dan amarah. Dia tak pernah di peluk, dihargai. Dia tak tahu contoh baik yang dia harus ikut. 

Jom kita muhassabah.

Ada tak kita membuli? Di rumah, di atas jalan? 

Kawal emosi, tunjukkan santun kita di depan anak-anak. Tunjukkan kasih sayang dan penghargaan pada mereka semasa mereka masih lembut, masih boleh dibentuk.

Jadikan anak-anak kita saham-saham, emas, dinar, dirham kita di sana nanti.

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page
This entry was posted in Shaklee.

Leave a Reply