Khasiat Allicin Dalam Bawang Putih

Sharing is CaringShare on Facebook4Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam sihat ceria buat semua pembaca!

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang bawang putih yang terkenal sebagai imun booster, terutama buat serangan virus, bakteria dan kulat.

 

Khasiat Allicin Dalam Bawang Putih

khasiat bawang putih

Pernah dengar Allicin?

Allicin ialah fitokimia yang dijumpai didalam bawang putih. Apabila bawang putih dihancurkan atau dicincang, asas komponen sulfur dalam bawang putih bercampur dengan enzim membentuk Allicin.

Allicin berwarna kekuningan dan berminyak, dan ini yang menyebabkan bawang putih mempunyai bau yang agak kuat dan menusuk. Sifat Allicin yang pelbagai menawarkan pelbagai faedah kesihatan, ini termasuk ciri: antikulat, antimikrob, antioksidan dan fungsi anti-radang.

Bawang Putih sebagai Anti-Kulat

Allicin menghalang kedua-duanya proses percambahan spora kulat (germination of fungus spores) dan ketumbuhan Hifa (hyphae).

Kajian dari Universiti Fujita-Gakuen, Sekolah Teknologi Perubatan yang disiarkan dalam artikal “Penilaian Dalam aktiviti In-Vitro antikulat bagi Allicin”, Hifa adalah sebahagian daripada kulat yang akhirnya menghasilkan struktur pembiakan.

 

Bawang Putih sebagai Anti-Mikrobial

Menurut “sifat antimikrob Allicin bawang putih”, Jabatan Kimia Biologi di Institut Weizmann Sains di Israel, sifat antimikrobial allicin terhasil daripada tindak balas kimia dengan kumpulan thiol dari pelbagai enzim.

Tindak balas kimia ini mengganggu proses metabolisma penting dalam pembiakan beberapa bakteria yang berbeza.

 

Bawang Putih sebagai Anti-Oksida

Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Kuala Lumpur melaporkan bahawa “sifat antioksidan dari sebatian bawang putih: allyl cysteine, alliin, allicin, dan allyl disulfide”, menyatakan bahawa allicin menyekat pembentukan superoksida (SOD) dan radikal bebas.

Satu artikel dalam majalah Pemakanan dan Sains Pemakanan, melaporkan bahawa allicin menyerang agen pengoksidaan, sekali gus mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan.

Ini merupakan elemen penting dalam melawan kanser dan pengoksidaan dinding arteri yang mampu menyempitkan dinding arteri atau memblok dinding arteri, punca strok dan serangan jantung.

 

Bawang Putih sebagai Anti-Radang

Menurut artikel Sains Makanan dan Pemakanan, allicin menghalang penghasilan agen cytokine (pro-radang) bersangkutan dengan penyakit radang usus.

Sifat anti-radang allicin berkait rapat dengan sifat anti-oksida, yang menghalang radikal bebas penyebab keradangan. Oleh itu, allicin mengurangkan jumlah keradangan di dalam badan di samping menyekat penghasilan agen cytokine.

 

Manfaat Bawang Putih & Allicin

Disebabkan sifat-sifat yang di atas, bawang putih amatlah digalakkan pengambilannya untuk kes-kes yang berkaitan:

  1. Meningkatkan imun sistem
    • bagi penyakit berjangkit yang dikaitkan dengan serangan virus, bakteria dan kulat
    • dengan menggalakkan penghasilan sel darah putih
  2. Membantu pesakit kanser
    • dengan sifat anti-oksidanya (kanser disebabkan oleh aktiviti radikal bebas, yakni pengoksidaan).
  3. Membantu mendapatkan salur darah jantung yang lebih sihat
    • dengan sifat anti-oksidanya yang menghalang aktiviti pengoksidaan dinding arteri
    • pengoksidaan dinding arteri menyebabkan sumbatan salur arteri >> punca strok & serangan jantung
  4. Membantu mengurangkan radang usus
    • allicin menghalang penghasilan utusan cytokine (pro-radang) bersangkutan dengan penyakit radang usus
    • Sifat anti-radang allicin berkait rapat dengan sifat anti-oksida, yang menghalang radikal bebas penyebab keradangan.

 

Garlic Complex Shaklee

garlic complex

  • Mengandungi 60 biji Garlic Complex
  • Setiap biji menyediakan 500 mg Garlic
  • Diperkaya dengan ekstrak Spearmint & Rosemary
  • Tiada perasa tiruan, pewarna, pemanis atau pengawet tambahan

 

Untuk pembelian terus drp saya, boleh hubungi saya

  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage¬†VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook4Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply