Khasiat Bawang Putih Buat Ibu Bersalin

Sharing is CaringShare on Facebook5Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Salam sihat ceria buat semua pembaca,

Hari ini saya ingin berkongsi khasiat bawang putih buat ibu yang bakal bersalin atau yang dalam tempoh berpantang.

Bawang Putih mempunyai kegunaan dalam bidang perubatan tradisional serta kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium, vitamin C dan protein yang mampu menghapuskan parasit dan mikrobial, membantu melancarkan sistem pernafasan, membantu melancarkan aliran darah, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

 

Rahsia Bawang Putih

Rata-rata umum tahu bahawa bawang putih atau garlic merupakan antibiotik semulajadi yang mampu membantu meningkatkan imun sistem terutama terhadap serangan virus yang mengakibatkan selsema, batuk dan demam.

Apakah bahan utama yang memainkan peranan ini?

Ya, Allisin atau dalam bahasa Inggerisnya Allicin.

Allicin hanya boleh diperolehi apabila bawang putih dicincang halus. Bagi mengekalkan nutirisinya, elok dimakan segar sahaja.

 

 

Khasiat Bawang Putih

garlic

1) Tingkatkan Imun Sistem

Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dicincang atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk:

  • melegakan batuk, selsema
  • membantu peredaran darah yang baik
  • sebagai anti bakteria/kulat/virus

Ibu yang dalam pantang dan masih dalam proses pemulihan, mudah mendapat demam atau selsema akibat virus jika tidak menjaga kesihatan dengan baik.

Menurut kajian, bawang putih dapat meningkatkan fungsi imun dengan merangsang sel-sel darah putih. Ini kemudian meningkatkan fungsi antibodi.

Ciri-ciri antivirus dan antibakteria memungkinkan ia menjadi sebab mengapa bawang putih bermanfaat untuk jangkitan selsema.

 

2) Memanaskan Badan & Membuang Angin

Selain itu, bawang putih secara tradisionalnya memang terkenal sebagai agen yang mampu memanaskan badan serta membuang angin dalam badan. Ini secara logiknya, memang amat bersesuaian dengan ibu yang baru bersalin dan dalam pantang yang mudah kedinginan dan masuk angin. Ia turut membantu bayi yang baru dilahirkan tidak kembung atau masuk angin.

 

3) Nilai Anti Bakteria

Manafaat bawang putih keatas badan melalui nilai antibakteria termasuk antikulat dan antivirus membolehkan mereka menghentikan bakteria, kulat, dan virus itu pada peringkat awal lagi.

Kajian menunjukkan bahawa ia menyerupai satu peratus dari keberkesanan penisilin antibakterianya. Penyakit yang dicetuskan oleh kulat, bakteria, atau virus dengan mudah dapat tewaskan dengan manfaat bawang putih ini, termasuk kulat dan bakteria yang boleh menyebabkan masalah keputihan dan kencing kotor di kalangan wanita.

 

4) Agen anti Septik

Bawang putih digunakan sebagai ubat jangkitan (terutamanya masalah dada), gangguan pencernaan, dan jangkitan kulat seperti seriawan (thrush). Bawang putih boleh digunakan sebagai penyah-jangkitan kerana sifat bakteriostatik dan bacteriocidal.

 

5) Rendahkan Kolesterol

Bawang putih juga telah diketahui menghasilkan bahan kimia tertentu yang membantu menurunkan tahap kolesterol LDL dan membantu mencapai tahap kolesterol HDL yang tinggi, seterusnya membantu seseorang untuk mengurangkan kandungan kolesterol darah di dalam badan.

Flavonoid tertentu yang ditemui dalam bawang putih dapat membantu menguatkan dinding dan injap jantung dan seterusnya melindungi jantung.

 

6) Pencair Darah

Tidak diragui bahawa bawang putih mempunyai sebatian yang bertindak sebagai pencair darah. Ejen ini boleh digunakan untuk membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta strok. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.

Walau bagaimanapun, ia nya hanya berguna kepada pesakit atau individu yang mempunyai kecenderungan terjadinya darah pekat atau beku di sepanjang lapisan arteri yang boleh menyebabkan tersumbat.

 

Oleh yang demikian, saya sangat menyarankan buat ibu yang bakal berpantang, mengambil suplemen berikut seperti yang saya amalkan, yakni SET BERSALIN / BERPANTANG:

  • Multivitamin Vitalea – membantu memberi semua nutrisi yang ibu perlukan termasuk membantu ibu untuk pemulihan selepas bersalin serta mambantu memberi tenaga dan lekas pulih
  • B Complex – membantu pembentukan sel darah merah yang sempurna bagi menggantikan dengan segera darah yang hilang ketika bersalin
  • Vitamin C – membantu proses pemulihan akibat luka, tingkatkan imun sistem dan melawan jangkitan kuman. Pengambilan bersama Vitalea membantu mereka yang ada masalah darah cair.
  • Garlic – antibiotik semulajadi bagi mengelakkan rahim dan vagina dijangkiti kuman dan meningkatkan imun sistem serta memanaskan badan, buang angin.
  • Zink – membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran seperti jahitan dan koyakan, penyembuhan lebih pantas.

 

SET BERSALIN / BERPANTANGset bersalin shaklee

Click here to buy SET BERPANTANG PREMIUM via online shop

 

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

 

Sharing is CaringShare on Facebook5Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 comments

    • Vitamin Pilihan Ibu says:

      Thanks sis sudi singgah blog ini. Saya memang amalkan bawang putih sejak anak pertama lagi since semua jaundice, jamu tak boleh. Maka madu, habbatus sauda dan bawang putih saya amalkan untuk panaskan badan.

      Boleh sahaja share asal bermanfaat 🙂

Leave a Reply