Kulit Kering dan Kusam – Makan Vitamin E


kulit cantik, Shaklee / Friday, December 5th, 2014
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Umum tahu bahawa vitamin E baik untuk kulit, tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana vitamin E bertindak terhadap kesihatan kulit — vitamin E yang merupakan antioksida yang melindungi dan memperbaiki kulit anda.

 

Vitamin E Agen Anti Oksida

Antioksida adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan [Bouchez].

Secara semulajadi, atom dalam tubuh badan cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron – itulah yang menjadikan mereka stabil. Jika atom yang mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil.

Apabila kulit anda terdedah kepada faktor luar, seperti sinar ultraviolet matahari, badan anda boleh menghasilkan radikal bebas.

 

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah atom dengan bilangan elektron ganjil, dan apabila mereka terbentuk di dalam badan anda, mereka mencuri elektron daripada sel-sel yang sihat termasuk sel kulit. Ini boleh menyebabkan reaksi rantaian yang merosakkan kulit, yang menjadikan kulit kering, kasar dan kusam. Vitamin E yang bertindak sebagai antioksida menghentikan reaksi rantaian tersebut.

Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku. Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang kuat yang sangat diperlukan tubuh, malangnya badan manusia tidak boleh menghasilkan anti oksida.

Ini bermakna kita perlu memastikan tubuh mendapat cukup nutrien antioksida dalam diet, termasuk vitamin E. Makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E boleh membantu mencegah penuaan pra-matang dan kerosakan kepada kulit dan DNA [Phillips].

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E jangka panjang boleh mengurangkan selaran matahari (sunburn) akibat pendedahan kepada sinaran UVB. Vitamin E tidak dapat menghentikan sinaran matahari daripada terkena kulit,  tetapi anda boleh membantu kulit anda kekal sihat dan gebu dengan memastikan anda mendapat cukup agen antioksida ini [ Bouchez].

Vitamin antioksida bukan sahaja vitamin E, malah vitamin C juga.  Cuma peranannya sedikit berbeza yang mana vitamin C membantu tubuh menghasilkan kolagen, protein yang berperanan menyembuh luka. Dengan kolagen, kulit lebih tegang dan plum.

 

Vita-E Complex untuk Kulit Wajah Cantik

vita e shaklee

Vita-E Complex™ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli (natural, bukan sintetik) dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

  • 400IU vitamin E semulajadi
  • 10mcg selenium.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

 

Pengambilan bersama Vita-C 500mg amatlah bagus untuk kesihatan kulit yang lembab, mulus, dan sihat!

Malah, tambahan B Complex memberikan kesan kulit yang sekata!

 

 

Kulit yang sihat berseri, idaman semua!

 

Klik “Buy Now” untuk membeli SET VITAMIN KULIT  secara online!

buynow

 

*Untick pada kolum kiri untuk senarai yang telah ada/tidak diingini

 

 

Atau hubungi saya,

  • Shaklee ID: 869624
  • SMS WhatsApp 019.231.8050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 Replies to “Kulit Kering dan Kusam – Makan Vitamin E”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *