Live Better and Longer with Fish Oil (Minyak Ikan)

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

 

Live Better and Longer with Fish Oil

Apabila kita bercakap tentang lemak, ada sejenis lemak yang sangat kita perlukan: asid lemak Omega-3 yang mempunyai dua komponen penting iaitu EPA dan DHA yang terdapat dalam ikan tertentu. ALA, satu lagi jenis asid lemak omega-3 ditemui dalam sumber tumbuh-tumbuhan seperti kacang-kacangan dan biji-bijian. Bukan sahaja badan anda memerlukan asid lemak untuk berfungsi, malah ia memberikan beberapa manfaat kesihatan yang besar.

 live healthy

 

Bagaimana Minyak Ikan Membantu Kesihatan yang Lebih Baik

Minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 (termasuk EPA & DHA) mempunyai banyak manfaat positif terhadap kesihatan, sama ada untuk orang dewasa, warga emas mahupun kanak-kanak. Terutama yang melibatkan masalah keradangan dan saraf.

Mari kita lihat satu persatu:

1) Lemak dalam darah (trigliserida).

Suplemen minyak ikan boleh menurunkan kadar trigliserida. Memiliki kadar trigliserida yang tinggi meletakkan anda berisiko mendapat penyakit jantung. Pengambilan DHA sahaja juga telah menunjukkan bukti bahawa ia mampu menurunkan trigliserida.

 

2) Rheumatoid arthritis (RA)

RA_joint

Suplemen minyak ikan (EPA & DHA) boleh mengekang kekejangan dan sakit sendi akibat Rheumatoid Arthritis. Suplemen minyak ikan Omega-3 juga menunjukkan ia membantu meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan anti-radang, RA.

 

3) Kemurungan.

Beberapa orang penyelidik mendapati bahawa masyarakat yang mengamalkan  makan makanan dengan tahap omega-3 yang tinggi mempunyai tahap depresi yang lebih rendah. Minyak ikan juga didapati meningkatkan kesan ubat antidepresan dan dapat membantu gejala kemurungan gangguan bipolar

 

4) Perkembangan bayi

DHA penting untuk perkembangan penglihatan dan saraf pada bayi.

 

5) Asma

Diet yang tinggi omega-3 mengurangkan keradangan, iaitu salah satu komponen utama serangan asma. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menyokong keberkesanan omega-3 dalam meningkatkan fungsi paru-paru atau mengurangkan jumlah ubat yang diperlukan bagi mengawal asma.

 

6) ADHD

Beberapa kajian menunjukkan bahawa omega-3  dapat mengurangkan gejala ADHD dalam sesetengah kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran mental mereka, seperti berfikir, mengingat, dan dalam pembelajaran. Tetapi lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini, dan suplemen omega-3 tidak boleh digunakan sebagai rawatan utama kerana kekurangan fakta yang menyokongnya.

 

7) Penyakit nyanyuk dan Alzheimer

Beberapa kajian menunjukkan bahawa omega-3 dapat membantu menghindari  terhadap penyakit Alzheimer dan nyanyuk. Ia juga mempunyai kesan positif ke atas penyakit lupa (gradual memory loss) yang dikaitkan dengan penuaan.

 

Rujukan

 

Kajian terhadap minyak ikan menunjukkan bahawa kehadiran omega-3 termasuk EPA & DHA memberi kesan berikut terhadap keradangan. Ringkasnya, kehadiran omega-3 EPA & DHA memainkan peranan penting dalam menghentikan masalah keradangan.

benefit of fish oil - inflamation

 

 

Kesan Sampingan Pengambilan Minyak Ikan

Kesan-kesan sampingan yang paling biasa daripada pengambilan suplemen minyak ikan, bagi sesetengah orang mengalami gangguan pencernaan dan kembung.

Suplemen Omega-3 (EPA / DHA) juga berfungsi mencairkan darah untuk aliran darah yang lancar. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masalah darah cair – atau mengambil ubat-ubatan yang boleh mencairkan darah, seperti Coumadin, Plavix, Effient, Brilinta, dan seumpamanya – lebih baik berbincang dengan doktor sebelum menggunakan  suplemen omega-3.

 

 

Suplemen Omega Guard – Suplemen Minyak Ikan Terbaik Shaklee

Omega Guard Shaklee

 

Ketahui mengapa ia dikatakan TERBAIK OMEGA GUARD

 

Sebarang pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 019.231.8050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 comments

  1. Muhammad Akbar bin Abdullah says:


    Info yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Antara manfaat yang tidak disebut di sini ialah ia boleh menurunkan tekanan darah sistolik daripada 148 mm Hg ke 122 mm Hg dan diastolik daripada 108 mm Hg ke 80 mmHg seawal 6 minggu Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan.

    • Vitamin Pilihan Ibu says:

      Benar itu, sebab itu sangat perlu kita mengikut dos yang disyorkan. Dan juga perlu ada sedikit ilmu yang mana jika seseorang mengambil ubat pencair darah, perlu juga consult doktor sama ada beliau ok atau tidak mengambil omega high dos. begitulah sebaliknya.

Leave a Reply