Mak Murabbi Pertama


Shaklee / Monday, January 22nd, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalammualaikum dan selamat petang,

Hari ini nak berkongsi sedikit tentang mak, role model dan murabbi Kak Mas yang pertama.

ROLE MODEL

Mungkin tipikal, tapi pada Kak Mas ialah mak.

Mak seorang yang sabar, dalam banyak hal. Tak cepat melatah atau panas baran, bijak dalam bertindak.

Walau mak cuma suri rumah, jasanya sangat banyak. Maklah murabbi pertama kami.

Mak konsisten dalam apa yang mak buat, terutama bab ibadah. Dialah yang mengajar kami mengaji, mengaji sampai betul, bukan sekadar mengaji.

Mak juga terbuka dengan perubahan yang baik. Contohnya, daripada telefon landline, telefon nokia, la ni telefon slide-slide gitu.

Mak ambil lesen kereta pada usia 60, selepas arwah bapa passed away, supaya senang nak bergerak, nak ke kedai, nak ke masjid dsb.

Mak masih, mengajar mengaji, orang dewasa dan kanak-kanak, selagi sihat katanya.

Semoga mak diberi kesihatan yang baik berpanjangan, dan dapat terus menabur jasa kepada anak bangsa.

Tak lupa, mak pengguna tetap Omega Guard Shaklee. Alhamdullillah tak perlu makan ubat darah tinggi, semoga Allah merahmati mak selalu, ameen..

Mak bersama kakak semasa mengerjakan umrah beberapa tahun yang lepas. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mak, dan mak sentiasa di bawah rahmat- Nya sentiasa. Ameen.

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *