Makanan Tambahan Untuk Kanak-Kanak – Anak Cemerlang

Sharing is CaringShare on Facebook6Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Semua ibu bapa sayangkan anak-anak mereka. Malah ibu bapa akan cuba melakukan yang terbaik buat memenuhi keperluan anak-anak mereka. Ini termasuk dalam penyediaan makanan, pembelajaran, pakaian dan tempat tinggal yang selesa buat anak-anak tersayang.

Bagaimana pula dengan makanan tambahan buat anak-anak?

 

Pengalaman Anak Sendiri – Anak Pertama

Pengalaman anak sendiri, saya jenis tidak lokek untuk membelikan makanan tambahan buat anak-anak saya. Sedangkan kita tidak kisah berbelanja makanan fast food untuk mereka walaupun sekali sekala, apatah lagi makanan yang berkhasiat buat mereka.

Anak saya yang pertama susah makan. Bila susah makan, kuat jugaklah meragamnya apabila lapar kan. Banyak dah saya cuba termasuk membeli multivitamin. Tapi apabila saya dapati ada multivitamin yang sintetik, tidaklah saya teruskan pengambilannya. Lagi anak saya memilih pada rasanya, maka sukar juga untuk memaksa dia makan makanan tambahan.

Sehingga saya mencuba memberikan Omega Guard pada anak saya dengan memasukkan ke dalam bancuhan susu anak saya, alhamdullillah seleranya ada penambahbaikan walaupun masih memilih makanan. Dan tantrum di kala pagi untuk pergi ke tadika sangat berkurang. Syukur alhamdullillah. Saya berikan Omega Guard sekali sahaja (sebiji) untuk bancuhan susu di waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.

 

Pengalaman anak Kedua

Alhamdullillah anak kedua, senang makan. Tetapi sebab masalah alahan, dulu semasa usia belum cecah dua tahun, anak kedua saya mudah selsema, batuk dan demam. Saya juga berikan Omega Guard (minyak ikan) untuk bantu boost imun sistem anak saya.

Alhamdullillah kini, alahannya bertambah berkurang (alahan sangat berkurang) berbanding dahulu. Kalau dulu, asal tiap bulan pasti pergi neb di klinik, siapa yang ada anak semput pasti biasa tentang Nebulizer ni. Anak saya tidak semput, tetapi sebab alahan, mudah batuk dan selsema. Jadi, bila batuk memang sukar dia bernafas sebab nose blocking.

Dari segi perkembangan mental, alhamdullillah saya dapati anak saya tidaklah terkebelakang berbanding anak lain seusia dengannya. Begitu juga dengan kakaknya, iaitu anak pertama saya.

 

Pengalaman Sendiri – Amalan Bapa Saya

Walaupun dulu, arwah bapa saya bukanlah rapat sangat dengan anak-anak disebabkan oleh tuntutan kerja, bab makanan dan makanan tambahan, ayah saya agak terkedepan. Masa tu zaman 70an – 80an manalah ada internet bagai. Tetapi, bapa saya tidak lupa belikan kami setiap bulan, bekalan susu tepung (Nespray) pada zaman tersebut dan bekalan minyak ikan untuk anak-anaknya. Ketika itu saya masih ingat usia saya sekitar 5-6 tahun, manakala kakak abang saya di sekolah rendah. Ayah saya sangat maklum tentang kepentingan susu untuk pembesaran dan kelebihan minyak ikan untuk perkembangan otak anak-anak.

 

Minyak Ikan Kaya Omega-3 – Bagus Untuk Perkembangan Otak

Minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3 (khususnya DHA dan EPA). Sesetengah ikan terutamanya ikan laut dalam lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding ikan lain,

Pakar-pakar percaya Omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak, saraf  dan perkembangan mata. Ikan air sejuk – juga dirujuk sebagai ikan lemak – mengandungi jumlah tertinggi Omega-3.

Secara umum,  anak-anak boleh mendapatkan nutrien Omega-3 daripada makanan – contohnya ikan laut dalam. Tetapi kemungkinan besar anak-anak tidak cukup makan ikan untuk memberi mereka dos Omega-3 yang cukup lebih-lebih lagi anak-anak yang cerewet makan.
kepentingan omega 3
omega guard minda kanak2

Kandungan EPA & DHA dalam setiap kapsul Omega Guard Shaklee

Omega Guard daripada Shaklee, tinggi dalam kandungan Omega-3 (termasuk Epa & DHA) iaitu hampir 90%. Manakala jenama lain yang berada di pasaran, kebiasaannya hanya 30%-70% sahaja kandungan Omega-3 dalam setiap kapsulnya, selebihnya hanyalah lemak ikan.

omega3 -omega guard

 

 

Kenali Omega Guard – Minyak Ikan Berkualiti daripada Shaklee

Untuk bacaan lanjut tentang kandungan Omega Guard pada link berikut, Kandungan Omega Guard

Tips memilih minyak ikan terbaik di link berikut, Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik

 

Setiap botol Omega Guard mempunyai 90 biji kapsul minyak ikan untuk bekalan 3 bulan.

  • Untuk 5 tahun ke atas, hanya sebiji setiap hari.
  • Untuk 1-4 tahun, boleh amalkan 2-3 biji seminggu.
  • Untuk 0-1 tahun, digalakkan ibu yang makan sebiji sehari, bayi akan mendapat khasiatnya melalui susu ibu.
DHA dan EPA dipercayai mampu:
  • mengurangkan keradangan (termasuk yang disebabkan alahan)
  • menggalakkan fungsi otak
  • menggalakkan perkembangan sistem saraf dan fungsi mata
  • lebih fokus terhadap pembelajaran
  • lebih tenang dan tidak meragam

 

 

 

Jom berikan Minyak Ikan terbaik buat anak tersayang, pilihlah Omega Guard!

omega guard

 

Ibu bapa bijak untuk anak yang bijak 🙂 Hubungi saya di,

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

Sharing is CaringShare on Facebook6Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

2 comments

Leave a Reply