Mengandung Tidak boleh ambil Antibiotik

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Ada kalanya kita sakit akibat jangkitan virus yang memaksa kita mengambil antibiotik. Ia biasa berlaku apabila tubuh kita kalah dengan serangan kuman tersebut.

Bagaimana pula untuk ibu mengandung? Seringkali ibu mengandung terutama pada trimester pertama amatlah tidak digalakkan mengambil antibiotik. Ini kerana ubat2 tertentu mungkin ada kesan terhadap kandungan yang baru ingin membesar.

Antibiotik semasa mengandung dan hamil

Batuk semasa mengandung dan hamil

Ibu Mengandung Tidak boleh ambil Antibiotik

Sebagai orang umum, adalah lebih baik merujuk kepada pakar sakit puan mengenai pengambilan ubat2 antibiotik semasa mengandung. Dalam erti kata lain, jika ibu yang hamil sangat sakit dan antibiotik adalah satu-satunya perkara yang akan membantu ibu menjadi lebih baik, anda mungkin perlu mengambil ia walaupun potensi risiko kepada bayi anda. Dalam beberapa kes, tidak merawat penyakit anda boleh menjadi lebih berisiko untuk kesihatan bayi anda daripada mendedahkan beliau untuk antibiotik.

Mengikut pengalaman sendiri, disebabkan batuk berpanjangan semasa hamil, menyebabkan imun sistem saya sangat rendah dan menyebabkan saya mendapat kayap atau “shingles“. Dan disebabkan kayap tersebut sangat kuat dan tak mungkin sembuh tanpa pengambilan antibiotik, setelah dirujuk kepada pakar sakit puan dan pakar kulit, saya terpaksa mengambil antibiotik pada dos paling rendah. Alhamdullillah, saya kayap saya sembuh. Tiada efek juga kepada bayi kerana alhamdullillah semasa itu saya sudah hampir ke trimester ketiga.

Jadi untuk kehamilan ketiga, apabila saya batuk (yang mana jika tidak mengandung saya terpaksa ambil antibiotik), saya cepat2 mencari jalan penyelesaian secara selamat dan semulajadi.

Saya amalkan Vita C, Garlic dan juga untuk pastikan aliran air badan saya sihat, saya minum Performance Drink daripada Shaklee. Alhamdullillah, batuk saya kali ini, dalam masa 1-2 minggu telah kebah. Walaupun sedikit lambat, tp saya berpuas hati tanpa perlu mengambil antibiotik dan kesihatan saya kembali spt biasa. Oleh itu, saya sangat sarankan buat ibu hamil dan mengandung yang mudah rendah imun sistem semasa hamil, utk mengambil apa yang saya ambil untuk tingkatkan imun sistem iaitu Vitamin C dan Garlic .

 

Tingkat Imun Sistem Semasa Hamil secara semulajadi

Tingkat Imun Sistem Semasa Hamil secara semulajadi

Apabila imun sistem rendah, memang mudah diserang penyakit. SEcara semulajadi pun, semasa hamil sememangnya imun sistem ibu sedikit rendah kerana mengurangkan penolakan biologi tubuh ibu terhadap janin yg baru tumbuh dan berkembang dalam tubuh ibu.

Garlic atau bawang putih sememangnya terkenal sebagai antibiotik semulajadi terutama untuk batuk dan selsema. Namun ia perlu dicincang halus utk mendapatkan bahan kimia yang bertindak sebagai antibiotik tersebut.

Vita-C Sustained Release 500mg daripada Shaklee pula berkesan dalam menyalurkan vitamin C secara berpanjangan ke tubuh dengan teknik pelepasan berperingkat. Setiap sejam, ia melepaskan 100mg vitamin C. Vitamin C memang diketahui umum membantu menyokong sistem imun tubuh manusia.

 

Bertindak bijak, Tingkatkan Imun Sistem

Bertindak bijak, wahai ibu2 hamil sekalian. Jangan jadi seperti saya pada kehamilan terdahulu, membiarkan batuk berpanjangan kerna bimbang pengambilan antibiotik batuk, yg mana batuk berpanjangan menyebabkan imun saya merosot teruk, akhirnya terpaksa juga mengambil antibiotik untuk serangan kayap.

Btw, saya turut ambil multivitamin Vitalea & B Complex utk menyokong kesihatan saya secara keseluruhan semasa hamil. Garlic hanya saya amalkan apabila diserang selsema & batuk, almaklumlah mengandungkan lama, 9 bulan kan. Ada kala saya batuk dan selsema sekejap2.

 

Pilih kehamilan yang sihat utk perjalanan kehamilan yang lebih ceria dan bermakna :)

To order,

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 0192318050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

I am happy to serve you all!

 

 

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply