Mengapa Orang Gemuk Kuat Tidur – Insulin Resistance

Sharing is CaringShare on Facebook9Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Mengapa Orang Gemuk Kuat Tidur

 

fat sleep

Tajuk di atas bukanlah merujuk kepada kesemua golongan yang memiliki berat badan berlebihan, hanya sebahagian sahaja. Yang saya ingin bincangkan di sini, ialah rasa mengantuk oleh orang yang gemuk ialah akibat simptom tertentu yang mungkin tidak disedari oleh orang yang empunya badan sendiri. Simptom tersebut ialah Insulin Resistance.

 

Kuat Tidur – Insulin Resistance

 

Insulin Resistance atau Rintangan Insulin (IR) adalah suatu keadaan fisiologi di mana sel gagal untuk bertindak balas terhadap hormon insulin. Badan menghasilkan insulin, tetapi sel-sel dalam tubuh menjadi kebal kepada insulin dan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan, dan boleh membawa kepada Hiperglisemia.

Fungsi utama insulin ialah menukar makanan menjadi tenaga. Dalam kes Insulin Resistance, makanan tidak ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya, maka empunya badan rasa kurang bertenaga. Ini boleh menjadi punca mengantuk dan rasa malas.

Dalam keadaan tersebut juga, sel-sel beta dalam pankreas terus meningkatkan pengeluaran insulin, yang seterusnya menyumbang kepada Hyperinsulinemia. Ini biasanya  tidak dapat dikesan dan boleh menyumbang kepada Diabetes Jenis 2 atau latent autoimmune diabetes.

 

Fungsi Insulin

Salah satu fungsi insulin adalah untuk mengawal penghantaran glukosa ke dalam sel untuk penyaluran tenaga. Sel yang kebal dengan Insulin tidak menerima glukosa, asid amino dan asid lemak. Oleh itu, berlaku kebocoran glukosa, asid lemak dan asid amino daripada sel-sel.

Penurunan dalam nisbah insulin/glucagon menghalang Glikolisis yang seterusnya mengurangkan pengeluaran tenaga. Ini juga menyebabkan glukosa (gula) dalam  darah boleh meningkatkan pada tahap di luar julat normal (kerana tidak dapat ditukarkan kepada tenaga) dan menyebabkan kesan kesihatan yang buruk seperti diabetes, bergantung kepada corak pemakanan seseorang.

Ada banyak lagi kesan buruk akibat Insulin Resistance, cuma dalam artikel ini saya tekankan akibat Insulin Resistance >> kurang tenaga dihasilkan oleh badan >> badan rasa lemah, malas dan mengantuk

 

Simptom Insulin Resistance

 

  1. Otak yang sukar fokus
  2. Gula tinggi dalam darah tinggi.
  3. Kembung (gas dihasilkan daripada karbohidrat >> gagal mencerna dan menyerap dengan baik)
  4. Mengantuk, terutama selepas makan.
  5. Penambahan berat badan, penyimpanan lemak, kesukaran mengurangkan berat badan
  6. Peningkatan tahap trigliserida darah.
  7. Peningkatan tekanan darah.
  8. Peningkatan sitokin (pro-radang) yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular

 

Sebahagian orang mengidap tekanan darah tinggi adalah  disebabkan oleh diabetes/pra-diabetes dan mempunyai tahap insulin yang tinggi akibat rintangan insulin. Salah satu fungsi insulin adalah untuk mengawal ketegangan dinding arteri di seluruh tubuh.

Tidak lupa juga, untuk kebanyakan orang, berat badan yang berlebihan adalah daripada simpanan lemak yang tinggi; lemak dalam orang yang ada Insulin Resistance (IR) biasanya disimpan di dalam dan sekitar organ-organ abdomen dalam kedua-dua lelaki dan perempuan.  Pada masa ini , ia disyaki bahawa hormon yang dihasilkan dalam lemak yang merupakan punca tercetusnya Rintangan Insulin.

 

Cara Mengawal atau Menterbalikkan Insulin Resistance

Lawan kepada Insulin Resistance ialah Insulin Sensitive, iaitu fungsi tubuh yang sensitif kepada insulin yang menukar makanan kepada tenaga secara efisyen.

 

  • Rawatan utama untuk rintangan insulin adalah senaman dan kawalan berat badan.
  • Kajian menunjukkan bahawa diet rendah karbohidrat boleh membantu mengawal Insulin Resistance
  • Ubat Metformin dan Thiazolidinediones juga boleh membantu  rintangan insulin, tetapi hanya diluluskan untuk terapi penyakit kencing manis Jenis 2, bukan untuk rintangan insulin.
  • Sesetengah jenis asid lemak tak tepu (omega-3) boleh membantutkan perkembangan rintangan insulin sebelum ia menjadi Diabetes Jenis 2

 

Kekalkan gaya hidup sihat, kurangkan gula dan karbohidrat, lebihkan minum air kosong serta tambahkan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega seperti ikan laut dalam.

Hidup sihat, badan cergas dan hidup gembira!

Sharing is CaringShare on Facebook9Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply