Miskin Dua Kali


Shaklee / Friday, April 5th, 2019
Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum, kisah tauladan tentang simpanan wang, harta & emas.

Artikel tulisan,
YB Husam Musa.
bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan,
Antara tulang belakang kpd kewujudan Dinar Kelantan.

Kisah Dua Kali Miskin

“Saya teringat gemulah ayah mertua saya, Dia pernah menceritakan kepada saya yg ketika Jepun mendarat di Pantai Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah kerana dia tidak naik naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu utk tiga tahun berturut turut.

Kemudian, dia meminta modal daripada emaknya untuk memulakan perniagaan. Emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yg sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di Sg Kelantan.

Mula mulanya dia berniaga budu. Perniagaannya berkembang. Pada akhir pemerintahan Jepun, dia sudah berniaga bermacam macam termasuklah atap & balak di sepanjang Sg Kelantan. Pd waktu pemerintahan Jepun, antara teman yg ditemui di Kota Bharu ialah Al Marhum Raja Perlis. Baginda ketika itu berniaga manisan ( gula melaka ) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni guni duit gambar pohon pisang yg dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerintahan, iaitu pemerintah British & Jepun. Walaupun Barat kalah di semenanjung, duit pound Amerika tetap laku krn ia emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun kerana ia kertas.”

TAMBAHAN MARLIA RAMLI

Daripada perkongsian di atas, kita belajar sesuatu?

Matawang hanyalah sesuai menjadi voucher transaksi harian sahaja. Namun, jika mahu menyimpan nilai berpanjangan, kita memerlukan aset di tangan. Samada hartanah atau pun emas.

Terlalu bergantung harap pada simpanan matawang bakal menjadikan kita mungkin daripada jutawan kepada kosongwan sekelip mata. Ketika usia muda, simpan matawang setakat menjadi keperluan dana kecemasan sahaja. Selebihnya lindungi kekayaan dengan memiliki aset di tangan.

Apakah persediaan aset anda?

  • Wang kertas?
  • Emas?
  • Hartanah?
  • Saham?
  • Takaful/Insurans?

Tepuk dada, tanya diri.

Sharing is CaringShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *