Nak Kurus dengan Sihat – Cinch Inch Loss

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

 

Nak Kurus dengan Sihat – Cinch Inch Loss

Adalah program diet Shaklee dengan CINCH, yang turut dilengkapi beberapa suplemen lain begi melengkapi plan tersebut.

Semestinya kita tidak mahu diet Yo-Yo berulang lagi dan menghantui pengguna yang berusaha untuk kurus.

 

cinch plan

 

1) CINCH MIX SHAKE

CINCH diformulasi mengekalkan otot sedia ada, bagi pembakaran kalori yang lebih baik dan mengelakkan YO-YO efek.

PROTEIN merupakan asas kepada pembinaan daging yakni otot, maka pengambilan protein amat tepat bagi memelihara otot dan menguatkannya. CINCH merupakan protein berasaskan non-GMO soya, mengekalkan kepejalan otot dan memastikan anda sentiasa kenyang dan selesa dengan Cinch® Shake Mix yang lazat dan berkhasiat tatkala anda menurunkan berat badan.

  • Padat dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
  • Tinggi serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian

 

Tenaga yang dihasilkan dan dilepaskan daripada sintesis protein, dilepaskan secara perlahan-lahan berbanding tenaga daripada karbohidrat dan gula. Ia cepat hilang. Sebab itu pengambilan CINCH perut berasa kenyang lebih lama dan lebih bertenaga.

CINCH di tambah dengan LEUCINE yang memberi isyarat kepada tubuh untuk menggunakan asid amino untuk membina protein otot sambil mengurangkan kadar di mana protein otot dipecahkan atau termusnah. Oleh itu, gabungan Leucine – dengan jumlah yang betul bersama protein membantu memelihara otot dalam penurunan berat badan.

CINCH juga dilengkapi dengan multivitamin, maka pengguna tidak perlu mengambil multivitamin yang berasingan. Ini amat penting memandangkan sebahagian pengamal diet mengawal pemakanan mereka, ditakuti tidak mendapat multivitamin yang mencukupi oleh badan.

 

2) HERBLAX

 

Fungsi utama HERBLAX ialah membantu pelawasan dan mencuci usus (detoks usus) dengan lembut. Usus menyimpan toksin yang membukit di dalam usus, menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan baik ke dalam tubuh. Ringkasnya, HERBLAX membantu:

  • Menggalakkan pembersihan yang lembut bagi usus
  • Membantu mengembalikan fungsi pembersihan semulajadi usus (natural bowel movement)
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit
  • Membersihkan najis yang tersekat dan berketul
  • Merangsang usus mempercepatkan proses perkumuhan dan pembersihan secara alami
  • Membantu mengempiskan dan menganjalkan perut

 

3) OMEGA GUARD

OMEGA GUARD Shaklee mengandungi 99% lemak Omega-3 (termasuk EPA & DHA) dalam setiap kapsul. Kebaikan omega-3 sangat banyak dari pelangsingan, ke fungsi otak dan lagi ke masalah sendi, tidak lupa peranannya dalam penjagaan jantung yang sihat.

Untuk pelangsingan, lemak Omega-3 berperanan:

  1. Lemak Omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas lebih baik kepada hormon yang dipanggil Leptin
  2. Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk menyekat selera makan anda dan membuat anda makan lebih sedikit supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan
  3. Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda)
  4. Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga

 

Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik kepada Leptin (Leptin Resistance) maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak

Jadi, dengan mengambil lemak Omega-3, ia membantu badan anda bertindak balas lebih baik dengan Leptin (Leptin Sensitive) maka tubuh anda boleh meningkatkan metabolism untuk pembakaran kalori.

Sebagai tambahan lagi, lemak Omega-3 :

  1. Lemak Omega-3 membantu anda mengawal rasa lapar anda dengan menstabilkan paras gula darah anda
  2. Satu kajian di Australia menunjukkan bahawa orang yang mengambil lemak Omega-3 pada program senaman membakar lebih banyak lemak berbanding orang yang hanya bersenam (tanpa mengambil lemak Omega-3)
  1. Kajian yang dilakukan di Japan & The Czech Republic mencadangkan lemak Omega-3 menghalang pembentukan lemak berlebihan dan kajian yang sama mencadangkan lemak Omega-3 menggalakkan pembakaran lemak

Mengambil lemak Omega-3 untuk pembakaran lemak memang awesome, memilih Omega Guard Shaklee lebih awesome sebab 99% dalam setiap kapsul ialah lemak Omega-3 (EPA & DHA) bukannya hanya lelemak ikan seperti jenama lain.

 

 

 

4) LECITHIN

Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lecithin. Lecithin membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E, dan K yang larut lemak. Ia juga membantu menghalang akumulasi lemak dan kolestrol LDL (kolestrol jahat). Ringkasnya, Lecithin membantu:

  • Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E, K yang larut lemak
  • Membantu merendahkan metabolisme lemak, kolestrol, trigliserida dalam tubuh
  • Menghalang akumulasi lemak dan kolestrol jahat (LDL)
  • Menghalang pembentukan lemak di hati
  • Membantu proses pelangsingan & pembakaran lemak
  • Mengemulsi lemak berlebihan bagi mencegah pembentukan batu karang
  • Membantu peredaran darah >> membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Melembabkan usus & meleraikan toksin dalam usus >> membantu masalah sembelit

 

Semestinya, set ini membantu pengguna mengekalkan diet sihat disamping meneruskan amalan sihat yang lain seperti bersenam, banyakkan minum air kosong, membudayakan gaya hidup aktif serta mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula dan garam dalam kehidupan harian.

 

Ringkasnya, di samping mengambil set ini semasa program diet:

  • kekalkan otot & kadar metabolisme
  • kurangkan gula, garam, junk food dalam menu harian
  • lebihkan sayur dan buah
  • lebihkan minum air kosong
  • kurangkan minum air manis, 3 in 1 dan seumpamanya
  • bersenam & gaya hidup aktif
  • tidur yang cukup
  • relax dan recharge badan

 

Sebarang pertanyaan, hubungi saya:

  • Masitah (SID: 869624)
  • SMS WhatsApp 019.231.8050
  • Email me.masitah@gmail.com
  • PM FB ibu.fatihahsakinah
  • Like fanpage VitaminPilihanIbu

Insyaa Allah saya membantu anda sebaiknya.

Sharing is CaringShare on Facebook2Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply