Omega Guard Shaklee Bahaya?


minyak ikan, omega guard / Thursday, March 8th, 2018
Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini akak nak share perkongsian tentang Omega Guard Shaklee oleh Master Lyna Noh.

Omega Guard Bahaya?

Kecoh bila ada demonstrasi minyak ikan, ada minyak ikan yg tidak beri kesan pada cawan styrofoam (polisterin) dan ada minyak ikan yg ‘makan’ cawan-cawan ini.

Yg paling mengejutkan, Omega Guard Shaklee adalah antara minyak ikan yg melubangkan cawan styrofoam ni 😱

Macam tu ke tindakan Omega Guard dlm badan kita? Habis rosak dan bocor segala saluran pemakanan bahana Omega Guard?

Sanggupkah anda menghadapi ahli keluarga dan diri sendiri yg mengalami saluran pemakanan akibat makan Omega Guard?

Begitu sekali kesannya?

Usus Kita Bukan Cawan Styrofoam

Ya, kalau perut dan usus anda dibuat daripada styrofoam, sila berhenti makan minyak ikan Shaklee sebelum anda kehilangan kedua-duanya. Tak ada perut macamana nak makan nasik?

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan berkepekatan tinggi yang bergred farmaseutikal. Untuk mendapatkan gred sebegini, minyak ikan mesti terdiri dari lebih 80% Omega-3.

Untuk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, minyak ikan di Shaklee menjalani prosee ‘molecular distillation’ untuk membuang segala bahan logam yang ada dalam ikan seperti merkuri, PCB, racun dan sebagainya. Proses ini membuang ‘tulang belakang glyecerol’ dalam minyak ikan, maka terhasillah minyak ikan dalam bentuk ethyl ester yang sangat pekat kandungan Omega-3 nya.

Minyak ikan dalam bentuk ethyl ester adalah yg terbaik & bergred tinggi (farmaseutical grade) dan ia melarutkan cawan polisterin yg sama chemical polarity dengannya.

Ayat mudah, minyak dengan minyak, maka bolehlah ia larut bersama.

Seperti gula larut dalam air yang sama chemical polarity-nya, cawan polisterin kita larut dalam Omega-3 yang berkepekatan tinggi.

Jadi bila ada insan-insan buat demo minyak ikan menggunakan cawan polisterin ni, anda harus tanya perut dia dibuat dari polisterin ke? 😝

Tanya dada, jawab dengan jujur ya!

Kami dah amalkan Shaklee termasuk Omega Guard hampir 7 tahun, emak, suami dan anak-anak ialah yang konsisten makan Omega Guard atas sebab masing-masing.

Alhamdulillah, semakin sihat, tiada kesan sampingan negatif, malah positif adalah 😊

Alhamdulillah.

Boleh roger Kak Mas untuk dapatkan Omega Guard atau suplemen Shaklee yang lain juga.

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *