Pantang Larang Pengambilan Suplemen Shaklee

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Assalamualaikum,

Hari ini Kak Mas ingin kongsikan cara makan terbaik aka pantang larang pengambilan suplemen Shaklee. Bukanlah ia akan memudaratkan pengguna, tetapi sesetengah suplemen, jika ia diambil bersama, ia akan mengganggu penyerapan nutrisi suplemen yang lain pula.

Pantang Larang Pengambilan Suplemen Shaklee

Berikut ialah sebahagian pantang larang sebahagian suplemen Shaklee termasuk alfalfa, VitaLea dan lain-lain.

1. Suplemen Alfalfa

Vitamin E dapat mengganggu penyerapan suplemen Alfalfa. maka Alfalfa tidak digalakkan dimakan bersama:

  • Vita-E Complex
  • GLA Complex (sebab mengandungi vitamin E juga)
  • VitaLea (sebab Iron dalam VitaLea juga akan mengganggu penyerapan Alfalfa)

 

2. VitaLea with Iron

Iron dapat mengganggu penyerapan kalsium ke tubuh. Dan, multivitamin VitaLea pula diformulasikan dengan Iron. Maka VitaLea tidak digalakkan makan bersama:

  • Ostematrix (pil kalsium Shaklee)
  • ESP Shaklee (kerana ia juga mengandungi kalsium)
  • Mealshake (kerana ia juga mengandungi kalsium)

 

3. Bersama Kafein

Untuk apa-apa suplemen juga, pengambilan bersama kafein hendaklah dijarakkan kerana kafein akan mengurangkan penyerepan suplemen tersebut ke tubuh kita terutama kopi dan teh.

 

4. Bersama ubat-ubatan Hospital

Jarakkan juga pengambilan apa-apa suplemen dengan ubat-ubatan Hospital (e.g. selepas 2 jam) agar masing-masing saling tidak mengganggu mekanisma ubatan tersebut terhadap penyakit yang sedang dihidapi.

 

Pantang Larang Untuk Pesakit Kronik

Untuk seseorang yang mempunyai sakit tertentu, mereka harus peka apa suplemen yang mereka tidak boleh ambil kerana ia berkaitan dengan sakit tersebut

 

1. SLE/Rheumatoid Arthritis

Mereka tidak boleh mengambil Alfalfa atau mana-mana suplemen yang mengandungi Alfalfa kerana ia akan menambahterukkan sakit mereka. Mereka digalakkan mengambil Vivix dan Omega Guard bagi menambah baik reaksi alahan akibat sakit mereka.

 

2. Tiroid

Pesakit Tiroid tidak boleh mengambil sebarang soya, maka suplemen seperti ESP dan Lecithin amat tidak boleh sama sekali. Mereka juga perlu kenal pasti adakah tiroid mereka jenis Hyper atau Hypo

 

3. Thalasemia

Pesakit Thalasemia sama sekali tidak boleh mengambil Iron. Maka VitaLea with Iron adalah tidak boleh buat mereka. Mereka juga kena pastikan sama ada mereka hanya pembawa Thalasemia, atau major/minor.

 

4. Ibu Hamil

Suplemen yang tinggi anti oksida tidak digalakkan buat mereka melainkan telah mendapat rujukan daripada doktor. Suplemen tinggi anti oksida termasuk Vivix, Carotomax, Vita-E Complex, GLA Complex juga termasuk Alfalfa dan Shaklee Collagen Powder.

 

5. Pesakit Buah Pinggang

Pesakit buah pinggang perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa suplemen.

 

 

Begitulah serba sedikit perkongsian Kak Mas hari ini. Kalau nak order, jangan segan silu contact Kak Mas ye!

 

Sharing is CaringShare on Facebook1Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Email this to someonePrint this page

Leave a Reply